Tiada siapa yang tahu bila permainan karom bermula dan di mana. Di peringkat awal permainan karom yang hampir sama telah dimainkan kira-kira 2000 tahun dahulu di zaman Makam Tua Abyssinian (kebudayaan Indo-Iran). Ada sebahagian yang mengatakan permainan karom dari Timor, Asia Tengah Selatan.
Tidak siapa yang ketahui bagaimana permainan karom telah ujud disebahagian besar negara India. Ada yang mengatakan karom telah direka cipta oleh Maharajah India tetapi asal usul permainan karom tidak diketahui secara jelas. Apa yang ketahui lebih sedekad lalu karom telah dimainkan oleh orang-orang India bersama keluarga di rumah dan di masa lapang. Bila mereka dewasa permainan ini terus dikembangkan menjadi sebahagian aktiviti harian dan diterima oleh pelbagai peringkat masyarakat. Bagaimana pun pelbagai versi karom yang dimainkan di dunia Timur Arab termasuk Saudi Arabia, Kuwait dan Yemen, Tengah Asia dari Turkmenistan hingga Afghanistan dan dari timur seperti Cina, Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Papan Karom sekarang dibuat secara komersial dan lebih sistematik kerana mengikut spesifikasi yang dikawalselia oleh Persatuan Karom Antarabangsa.
Bila budaya timur diminati oleh generasi baru dari Eropah di awal tahun 60an, karom telah mula bertapak di kebanyakkan rumah dan kelab sukan. Pada sekitar tahun 70an import komersial India telah bermula dan beberapa pertunjukkan telah diadakan di Eropah seperti di Switzeland, Jerman, Belanda dan Itali. Perhijrahan pendatang dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat juga merupakan salah satu punca karom turut berkembang.
Pertandingan antarabangsa telah berkembang di Eropah pada tahun 1980 dan hari ini, ribuan pemain karom yang terdapat di sana. Karom telah menjadi popular sehinggakan papan karom telah diperbuat di kilang yang terdapat di Negara-negara Eropah seperti Jerman, Switzeland, Belanda dan Italy.
Pertandingan karom secara rasminya telah bermula pada tahun 1935 di Sri Lanka, dan pada tahun 1958 India dan Sri Lanka telah mengujudkan persatuan kelab karom dan menganjurkan pertandingan. Tahun 1956 India telah mula mencari pemain di seluruh India untuk pasukan terbaiknya. Pertandingan karom pertama telah bermula pada sekitar tahun 1960an di antara India dan Sri Lanka. Pertandingan peringkat kebangsaaan juga diadakan di Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan Maldive.
Pembentukkan badan Persatuan Karom Antarabangsa telah dibincangkan sejak tahun 1950an lagi. Sehinggalah pembentukkan Persatun Karom Antarabangsa pada 15hb Oktober 1988. Deligasi dari India, Sri Lanka, Maldives, Swiszeland dan German sebagai ahli telah bertemu di Madras (Chennai), India untuk kongres karom dunia yang pertama. Persatuan Karom Antarabangsa telah dibentuk dan diluluskan pertubuhannya serta memperkenalkan undang-undang karom antarabangsa yang pertama.
Logo Persatuan Karom Antarabangsa
Dengan penyatuan semua pemain karom di seluruh dunia di bawah satu payung dan undang-undang permainan diselaraskan maka kejohanan dapat dijalankan diperingkat antarabangsa. Pada tahun 1989 Kejohanan pertama diadakan dan disertai oleh India, Sri Lanka, Maldive, German, Swiszeland dan Belanda untuk Piala Perak.
Sebelum ini kebanyakkan negara-negara samada di Asia dan Eropah bermain dengan peraturan yang berbeza dan untuk mengadakan pertandinagan peringkat antarabangsa adalah mustahil dan menyukarkan. Dengan persetujuan dari pasukan seluruh negara, maka undang-undang peringakat antarabangsa dapat dilahirkan. Peraturan meliputi ukuran papan sehingga ukuran peralatan permainan yang lain.
Sejak rasminya Persatuan Karom Antarabangsa maka perkembangan persatuan karom dunia bermula secara agresif pada tahun 1980an dengan promosi dijalankan di negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Di Asia seperti negara India, Sri Lanka, Maldives, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Nepal, Negara Arab Bersatu, Malaysia, Jepun, Korea dan Australia. Di Eropah seperti negara German, Perancis, Itali, Belgium, Belanda, Poland, Sepanyol, United Kingdom, Portugal, Switzerland, Austria dan Greece. Di setiap negara-negara berkenaan telah ditubuhkan persatuan karom dan bernaung di bawah Persatuan Karom Antarabangsa.
Logo Persatuan Karom Malaysia
Di Malaysia khususnya, Persatuan Karom Malaysia (Malaysia Carrom Association) atau lebih dikenali sebagai KAROMAS adalah badan yang diktiraf dan merupakan badan gabungan International Carrom Federation dan Asian Carrom Federation. Karomas adalah persatuan bergerak cergas untuk memperkenalkan cara permainan Karom Antarabangsa dan juga kursus pengadilan di Malaysia.