CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3319|Reply: 19

Izzue Islam Bersedia Kalau Dah 'Tak Laku', Sentiasa Berjimat Dalam Berbelanja

[Copy link]
Post time 24-2-2021 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Kemunculan bakat baharu dalam pelbagai cabang seni adalah perkara biasa. Ia umpama jika tiada yang lama, masakan ada yang baharu.


Perjalanan kehidupan penggiat seni juga ibarat roda. Tidak selamanya berada di atas dan begitu sebaliknya. Semuanya bergantung kepada rezeki dan tuah selain bakat untuk menempa nama serta populariti.


Bagi pelakon, penyanyi dan pengacara, Izzue Islam, 31, dia memilih sentiasa mempersiapkan diri.


Hampir 12 tahun membina nama dan 'menjual' bakat, Izzue sangat selesa jika selalu bersedia.




Foto: IG




"Dari awal pembabitan dalam industri seni bermula 2009, saya suka mencuba dan mencari peluang. Saya berusaha selagi mampu untuk mengejar apa yang diimpikan.


"Kini, semakin lama berada dalam bidang kerjaya ini saya sangat mengerti terhadap satu perkara iaitu tidak selamanya kita akan kekal berada di atas kerana sampai masa pasti ke bawah juga.


"Jadi, umpama 'hukum alam' dalam kehidupan saya sebenarnya memang melekatkan di fikiran untuk sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ia penting supaya saya tidak berasa terlalu sedih jika sudah jatuh. Malah, apabila detik itu tiba sekurang-kurangnya saya tidak mengalami kejutan yang teruk kerana sudah persiapkan diri lebih awal," katanya.


Menurut anak jati Kelantan ini, dia gemar memandang positif pada semua perkara.




  



Katanya, dalam kehidupan ini segala berkemungkinan berlaku. Jadi, jangan sesekali terlupa atau terlepas pandang mengenainya.


"Tengoklah situasi krisis pandemik Covid-19 yang berlaku sekarang ini, kita semua tak pernah sangka. Namun, apabila keadaan ini melanda banyak perubahan berlaku secara tiba-tiba dan kini kita perlu sesuaikan diri.


"Apapun, saya bersyukur dengan kehidupan bersama isteri, Awin Nurin yang dijalani sekarang. Alhamdulillah, rezeki kami masih cukup dan tidak terlalu berasa terkesan sangat.


"Mungkin juga kami sudah terbiasa berjimat-cermat dalam berbelanja. Sejak dulu, kami suka berbelanja apa yang perlu dan utamakan tabungan atau simpanan setiap masa.


"Sebagai penggiat seni, lagilah penting untuk saya beringat dan berhemah dalam berbelanja. Dalam kerjaya ini (seni) pendapatan bergantung pada kerja dan ia tidak menentu, jadi untuk itu memang kena berjimat selalu," katanya.




  



Menurut Izzue, amalan gaya hidup sangat memainkan peranan untuk seseorang itu bijak mengurus perbelanjaan.


Justeru, katanya dia sangat selesa memilih kesederhanaan dalam kehidupan dan tidak berlebih-lebihan.


Izzue yang pernah menganggotai kumpulan Forteen berkahwin dengan Awin pada 2 Jun 2013. Hampir lapan tahun berumah tangga, pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.


Namun, mereka menganggap rezekinya belum tiba dan Izzue menyerahkan pada ketentuan Allah. Paling penting kehidupan rumah tangga mereka bahagia.




  



Walaupun bakat lakonannya sudah dibuktikan, namun Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan tidak meletak sasaran untuk terus beraksi sebagai watak utama.


Katanya, hingga kini dia akan menerima apa sahaja watak yang dilihat sesuai serta diyakini mampu membawa impak dalam persembahan lakonannya.


Menurut Izzue, dia tidak pernah fikir mengenai 'standard'.


"Selama ini, saya tak pernah fikir akan jatuh 'standard' apabila berlakon watak pembantu atau watak yang kecil dalam setiap drama. Ini kerana sejak dulu, saya sudah letakkan pada diri bahawa dalam industri ini akan ada naik turunnya.


"Jadi, sama ada berlakon watak utama atau pembantu bukan persoalannya. Bagi saya, kalau asyik berlakon jadi hero pun, bosan juga. Saya seorang yang suka mempelbagaikan watak.


"Contohnya, dalam drama Tercipta Satu Ikatan yang dibintangi baru-baru ini, watak saya sebagai pembantu sahaja. Tapi, watak itu sangat menarik dan benar -benar mencabar hingga saya sukar melepaskan. Alhamdulillah, maklum balas penonton pun sangat baik," katanya.




  



Menurut Izzue lagi, dia juga tidak berasa tercabar dengan kehadiran ramai bakat baharu yang mewarnai industri hiburan ketika ini.


Katanya, kebanyakan mereka (penggiat baharu) pun ramai yang berbakat dan ada potensi menjadi pelakon terbaik suatu hari nanti. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 10:28 AM | Show all posts
pokjue ni masa citer sebenarnya aku isteri dia tu aku cm terminat lak kat dia..sampai ringtone aku pkai lagu ost drama tu..kengkonon suweet org laki muda kawen ngan akak2 tapi somehow bila dia kawen ngan awin aku da x minat dia ni lak..sorry hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 10:38 AM | Show all posts
tapi die ni berlakon power
tambah-tambah kalau watak antagonis. memang mantap.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 10:41 AM | Show all posts
paanz replied at 24-2-2021 10:38 AM
tapi die ni berlakon power
tambah-tambah kalau watak antagonis. memang mantap.

tapi kenapa dia mcm dah tak laku kt slot drama? lama dh tak nampak dia jadi hero akasia. padahal pandai je izue ni belakon

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 10:51 AM | Show all posts
lolipopbiru replied at 24-2-2021 10:41 AM
tapi kenapa dia mcm dah tak laku kt slot drama? lama dh tak nampak dia jadi hero akasia. padahal p ...

aku rasa aritu ada je kat tv3
tak ingat drama apa

kat awesome tv pun dia ada juga
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 10:53 AM | Show all posts
paanz replied at 24-2-2021 10:51 AM
aku rasa aritu ada je kat tv3
tak ingat drama apa

tak perasan pulak. mybe sbb bkn slot perdana kot
skrg dia more to jd pak lawak. rugi bakat dan rupa paras elok mcm tu org tak ambik jd hero. asik muka sama je hero kt slot akasia tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2021 10:59 AM | Show all posts
lolipopbiru replied at 24-2-2021 10:53 AM
tak perasan pulak. mybe sbb bkn slot perdana kot
skrg dia more to jd pak lawak. rugi bakat dan r ...

Baru ritu heols blakon watak antagonis kat astro kul 10 mlm tuh.
Menjadik sangat watak heols ala2 Dr Jekyll Mr Hyde.

OK la meols tengok heols rajin nak kekal relevan. Bangsa tak tolak jobs.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sk sgt dia berlakon..kdg berlakon dia bt muka serius pn xlarat nk gelak dgn kelaku dia.tertgk dia berlakon dgn pak kodi ada saka hantu raya..mmg letih gelak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 11:39 AM | Show all posts
deebiz14 replied at 24-2-2021 10:59 AM
Baru ritu heols blakon watak antagonis kat astro kul 10 mlm tuh.
Menjadik sangat watak heols ala2 ...

tajuk drama please
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka dia ni berlakon, menjadi. Kalau jahat tu eh meluatnya tgk. Kalau komedi .. boleh la nak gelak.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:55 AM | Show all posts
Dia pandai berlakon...muka pun hensem...suka tgk dia dgn Tiz dlm drama aku sebenarnya isteri dia...tgk kat youtube jer...baca komen byk betul fan indon mengeship Izzue dan Tiz
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 12:02 PM | Show all posts

Tercipta Satu Ikatan.

Drama ni overall boring sebenarnya, walaupun plakon hebat2. Watak Izzue ni je yg interesting, buat meols musykil jer motipnya. Dari mula smpi ujung drama, watak helok baik. Tpi last2 rupernya jahat cam setan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 12:12 PM | Show all posts
Mohon izu kahwin lain la elakkan pembaziran genetik heols yg cute walapon katik
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala.. nanti dah sendu, buat la video cikcap, peram lama sikit, lepas tu sendiri leak. Kompom nama jadi bualan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Izzue ni lelaki kelate yg iols boleh terima sikit. Kalau mcm fizo tu iols agak turn off.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:41 AM | Show all posts
Klu Pok Jue aku mesti teringat dia ngan si Joey yang "Roti Jala Mak Minah Menyarap" pastu dengan Pak Kodi masa dia jadi Bartender tu.. ulang2 aku tgk sebab kelakau hawau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka dia berlakon jd sengal2 ubi dalam din sardin.. ngan mira filzah tu.. sbb mmg kena btl dia ngan karakter sbnr hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 12:42 PM | Show all posts

yup Izzue best belakon & versetail. mcm2 watak dia boleh bawak. akak tgk drama Nasik Kerabu utk Che Abe tu terkekek akak gelak wpon tak paham sgt accent Kelate. Tp best drama tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:40 PM | Show all posts
baguslah beringat.

no special treatment ye.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dah x berapa laku kann
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.143507 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list