View: 1501|Reply: 11
|
Serang Orang Nak Rompak Telefon Bimbit, Tapi Handphone Sendiri Yang Tercicir
[Copy link]
|
|
Seorang perompak yang menyerang mangsanya dan menikam lelaki berkenaan untuk mencuri telefon bimbitnya secara 'tidak sengaja' meninggalkan 'bukti' di tempat kejadian.
Habibullah Faqeerz, 29, menyerang mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 40an dalam satu kejadian di Kent, pada Jun tahun lalu.
Ketika bergelut, telefon bimbitnya tercicir dan dia tidak menyedarinya ketika melarikan diri selepas mencederakan mangsa.
Polis yang melakukan rondaan terdengar jeritan meminta tolong dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa yang tercedera akibat tikaman kecil di bawah lengan.
Foto: Kent Police
Pegawai polis kemudian menemui telefon bimbit milik Faqeerz di tempat kejadian.
Mangsa memberitahu pegawai polis berkenaan bahawa dia pernah bertemu dengan Faqeerz pada hari sebelumnya untuk berbincang mengenai tawaran kerja.
Namun ketika pertemuan kedua, Faqeerz membawa mangsa ke belakang sebuah bangunan berhampiran, sebelum tiba-tiba menyerangnya.
Di Mahkamah Woolwich Crown, Jumaat lalu, Faqeerz dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun setelah didapati bersalah melakukan rompakan. - CARI
Sumber: mStar/Metro.co.uk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by user.name at 24-2-2021 10:25 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya dia bkn nk rompak tapi nk trade in fon dia dgn mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
kalu muke mcm tu jd toy boy lg byk duit leh dpt xpyh susah2 nak merompak bagai |
|
|
|
|
|
|
|
user.name replied at 23-2-2021 06:30 PM
frank lampard katanyerr
Ada iras...kalau nak kata sedara pun mcm boleh retina hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|