Berkuatkuasa 8 Februari lalu, aplikasi WhatsApp telah mengemas kini polisi mereka yang memaksa penggunanya berkongsi maklumat dengan Facebook.
Akibatnya, ramai pengguna mengambil langkah drastik telah meninggalkan aplikasi itu untuk menggunakan aplikasi saingan lain seperti Signal dan Telegram.
Kredit foto : Google
Sekiranya anda sayangkan mesej-mesej di aplikasi Whatsapps, jangan bimbang kerana kini mesej tersebut boleh dipindahkan dari WhatsApp ke Telegram.
Berikut adalah 5 langkah mudah untuk memindahkan mesej WhatsApp ke Telegram:
1. Pilih mesej yang anda mahu pindahkan ke Telegram. Tekan pilihan pada atas kanan dan tekan More.
2.Pilih Export Chat. Disini anda boleh memilih sama ada mahu memindahkan gambar dan video bersama atau tidak.
Kredit foto: era.je
3.Pilih aplikasi Telegram.
4. Pilih lokasi daripada contact list di tedan tunggu sehingga mesej siap di eksport.
Untuk lebih jelas, boleh saksikan perkongsian video ini.
Untuk info, setakat ini, hanya aplikasi Telegram yang menyokong pemindahan mesej daripada WhatsApp, Line dan juga KakaoTalk. Namun anda perlu pastikan bahawa aplikasi Telegram anda adalah dalam versi terkini sebelum menggunakan fungsi ini.
Selamat mencuba! -CARI |