Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar kekasih hati kepada pelakon Uqasha Senrose ini kembali sihat dan sembuh sepenuhnya seperti sediakala. Tidak kurang juga yang menegur penampilan Kamal yang kelihatan sedikit cengkung dan pucat serta semakin susut berbanding sebelum ini.
Perkembangan terkini, Kamal Adli akan memulakan penggambaran untuk drama terbaru berjudul Duit tidak lama lagi. Semoga cepat sihat diucapkan buat Kamal Adli!
SUMBER : Instagram Kamal Adli