View: 14206|Reply: 111
|
Ayu Damit Sanggup Berhabis RM10,000 Sebulan Demi Nak Cantik
[Copy link]
|
|
Bagi mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran tubuh, penyanyi Ayu Damit berkata dia tidak kedekut mengeluarkan belanja besar untuk tujuan tersebut.
Menurut Ayu atau nama sebenar Norayu Damit, 32, dia memperuntukkan belanja lebih RM10,000 sebulan bagi penjagaan diri daripada hujung rambut hingga kaki.
Foto: IG
"Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan... selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlukan tenaga dan terdedah dengan sinaran matahari, sebab itu perlu ambil berat tentang penampilan.
"Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah rawatan pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan, Alhamdulillah.
"Kalau nak tahu saya takut jarum, jadi tak berani nak ubah apa-apa pada bahagian badan. Malah, saya tak kisah bayar mahal dan perlu tunggu lama untuk dapatkan hasil terbaik, asalkan produk yang diguna tak berbahaya," katanya kepada mStar.
Sementara itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh ini berkata dia tidak berminat untuk mendapatkan kulit putih seperti segelintir wanita yang lain.
Sebaliknya ibu kepada tiga anak ini bersyukur kerana memiliki kulit wajah yang sihat tanpa sebarang masalah.
"Saya buat rawatan wajah di klinik pun sebab nak dapat kulit sihat bukan nak mengubah apa-apa... itu pun saya dapatkan kebenaran suami terlebih dahulu.
"Nak cucuk atau suntik muka pun saya tak berani sangat, sekadar buat rawatan supaya kulit bersih sahaja. Saya amalkan vitamin C dan makanan tambahan... saya tak nak kulit putih.
"Biarlah kulit tan macam ni sebab memang daripada dahulu warna kulit saya begini, jadi tak mahulah ubah sampai jadi rupa orang lain pula! Saya yakin dengan warna kulit ini kerana bagi saya kecantikan itu subjektif," ujarnya.
Bercakap mengenai karier nyanyian, Ayu baru sahaja muncul dengan lagu baharu berjudul Permata yang menceritakan mengenai perhubungan suami isteri.
"Lagu ini dirakam ketika saya masih lagi terlibat dengan konsert mingguan GV7. Saya sebenarnya cukup tertarik dengan liriknya yang banyak maksud tersirat.
"Ia sesuai ditujukan buat pasangan suami isteri. Kalau untuk saya, pastinya saya tujukan khas buat suami Syed Fauzi Syed Baharuddin yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan seni saya selama ini termasuk juga peminat di luar sana.
"Syarikat rakaman dan saya dah rancang jalan cerita tapi buat masa sekarang tak boleh buat penggambaran video muzik sebab terikat dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jadi, kami akan keluar video lirik dulu," katanya.
Permata merupakan lagu ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr.
Ia diterbitkan oleh syarikat rakaman Saudagar Seni Media dan video lirik boleh ditonton menerusi YouTube Saudagar Seni Media. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak payah lah nn try hard jadi cantik.. mmg rupa dh mcm tu, buat lah mahal juta2 pun, sedehhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnya 10k tu mcam curah air ke daun keladi je. Xde cantik pon dia. |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHAHAHAHAHA.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baper gaji dia setiap bulan? Mcm tak berbaloi je 10k tu... tak nampak hasil, ke expectation iols terlampau tinggi? |
|
|
|
|
|
|
|
tp ok lah imej sheols compared masa msian idol dulu. iols suka suara dia, lain dr yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
okey lettew, ade lah juvk improvemnt dr zamn tok kaduk dolu.. takkn nk suruh dia bt plastik surgery pulakss.. kang hgoa jgk kecammm.tak bercukurr. kohkohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
10k sebulan ? Maybe setahun kut. Dah camtu rupa nak buat camner lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Membazirnye..kena tipu je ko hidup ayu oi..dorg kedarah duit ko je..last terpaksa mekapkan ko jgk utk nk bg cantekk..apo |
|
|
|
|
|
|
|
10K tu kn die ckp tmasuk nilai tajaan...
husnuzon je la... duit sheolss maybe pakai utk beli produk timbang kilo jahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je kulit dia sihat..takkan korang expect transformation mcm Sarah Chucky kot. Tapi agak mahal la kos tu. Sheols pergi facial n salon rambut 3x seminggu ke.
Kalau simpanan dh byk ok la..jgn dh tua nt mohon rumah pprt pulak sbb masa muda high maintenance sgt |
|
|
|
|
|
|
|
better tak yah bgtau jumlah tu..walau wartawan tanya..sebab kang esok lusa kalau netizen pertikai bila artis merungut terkesan PKP bagai...korang jugak yg marah..walhal korang sendiri yg bukak cerita dalam masa pandemik pon still boleh berabis duit utk cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Bior la dia...retis yg rupa dgn penampilan biasa2 mcm ayu ni bukan ke chuols jugok sibuk2 suruh pi spa gym bagai konon sbb retis..kena jaga penampilan.dh dia openly bgtau dh buat mcm2 except cucuk2 ni chuols kutuk2 pulok.
Tp mcm tak berbaloi jer 10k sebulan kalu setakat gitu jer hasilnya |
|
|
|
|
|
|
|
sebulan 10,000 pon ropa jihan jah mampooo khenss? sampai tok ram confuse hoccay time berdiri sebelah2 dengan jihan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pakai braces balik kan? Bukan gigi dh helok ke. |
|
|
|
|
|
|
|
ada masuk msian idol ke? dia masuk oiam khens menang kalahkan xila dan chucky?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayu ni orang sabah kan? Dia kaum apa ye? |
|
|
|
|
|
|
|
ala, silap fakta plak. hahaha! oiam lah chuols. meols silap.
jap, sape chucky?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 23-2-2021 10:14 AM
jangan nak cong la
macam memanjang je dagu chuols pada penghujung GV itu ari?
teknik mekap kah |
|
|
|
|
|
|
| |
|