View: 1067|Reply: 5
|
COVID-19 dijangka berakhir pada awal 2022 - Pengarah Serantau WHO untuk Eropah
[Copy link]
|
|
COPENHAGEN: Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu.
Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR, Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu.
Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak maklumat mengenai virus itu berbanding ketika peringkat awal penularan pada 2020.
Namun, beliau tetap mengingatkan, tiada sesiapa pun yang dapat mengetahui keadaan sebenar pandemik COVID-19 pada masa depan.
"Virus ini akan terus wujud tetapi saya berpendapat sekatan tidak akan diperlukan. Ini adalah mesej yang optimis," katanya.
Kluge menjelaskan, mutasi adalah perkara biasa dan virus terbabit sedang cuba menyesuaikan diri dengan individu dijangkiti, namun yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi secara pantas.
Beliau berkata, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin COVID-19 yang dibangunkan.
Katanya, vaksin boleh diubah suai berdasarkan mutasi baharu jika perlu, tanpa perlu kembali dibangunkan dari mula.
Beliau berkata, mutasi tidak akan menjadikan virus itu berada di luar kawalan.
Katanya, ia bagaimanapun akan meningkatkan tekanan terhadap negara yang sistem penjagaan kesihatan sudahpun berdepan kesukaran, justeru isu mutasi perlu diberi perhatian amat serius.
Kluge menekankan, masalah terbesar akan muncul apabila golongan telah divaksin berada dalam kelompok sama dengan mereka yang tidak menerima vaksin, maka penjadualan adalah faktor sangat penting.
Sumber – BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iye lah tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Kluge menekankan, masalah terbesar akan muncul apabila golongan telah divaksin berada dalam kelompok sama dengan mereka yang tidak menerima vaksin, maka penjadualan adalah faktor sangat penting.
seperti dijangka.. awal2 tak wajib kan |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tahun depan depa dah habiaq beksin majoriti? |
|
|
|
|
|
|
| |
|