"Baru 18 tahun dan suami pula 19 tahun, dua minggu ja buat bisnes jual susu, jualan RM1 juta dan kini dapat Ford Mustang pula tu!"
Itulah antara ulasan netizen terhadap video yang tular di media sosial mengenai kejutan pasangan pengantin remaja yang menjadikan segala-galanya luar biasa.
Anis Ayuni dan suaminya Ahmad Weldan langsung tidak menyangka yang rezeki mereka akan murah begitu sekali sehingga membolehkan mereka berjaya di usia muda sekaligus menimbulkan cemburu pada orang lain.
Namun, ada juga yang merasakan ianya 'luar biasa' atau sekadar strategi pemasaran semata-mata. Betul ke?
Tiada yang mustahil jika pasangan tersebut mampu berjaya dalam masa singkat, kerana menurut Ayuni ianya adalah kerjasama ahli-ahlinya.
“Rasa tak percaya hanya dengan jual susu, saya berjaya mengutip RM1 juta jualan dengan hampir 2,000 ahli di bawah saya. Ada anak buah saya yang nak beli kereta dan jualan mereka pun mencecah berpuluh ribu."
Foto : IG
Malahan perkahwinan mereka di usia muda juga mendapat perhatian kerana kesungguhan remaja ini menghalalkan ikatan. Sementelah lagi ketika suaminya menghadiahkan kereta mewah di hari perkahwinan mereka membuatkan ianya tular di media sosial.
Akan tetapi, ia tetap menimbulkan keraguan netizen hingga meminta pihak LHDN menyiasat isu ini. Apakah ada motif tertentu di sebalik semua ini?
Foto : Twitter
Foto : Tik Tok
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin. Nampaknya netizen salah kerana mereka bukan pengasas produk timbang kilo tetapi tetap mampu mewah. - CARI
|