View: 4629|Reply: 25
|
Pengantin Lari Dengan Kekasih, Adik Jadi 'Bidan Terjun' Ganti Kakak
[Copy link]
|
|
Malu selepas pengantin wanita tidak muncul beberapa minit majlis berlangsung, seorang remaja berusia 15 tahun terpaksa menjadi 'bidan terjun' dengan menggantikan tempat kakaknya.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Odisha, India apabila seorang pengantin lelaki menikahi adik pengantin wanita yang masih muda berikutan pengantin perempuan melarikan diri bersama kekasih.
Gambar hiasan/Head Topics
Kejadian berlaku di Kampung Malpada, Selasa lalu apabila pengantin wanita tiba-tiba menghilang beberapa minit sebelum majlis berlangsung.
Portal India.com melaporkan pengantin lelaki berusia 26 tahun itu menunggu dan berharap calon isterinya itu akan segera kembali.
Bagaimanapun, tiada tanda bakal isterinya akan kembali sebelum keluarga mempelai wanita tiba-tiba menawarkan si adik yang baru sahaja berusia 15 tahun.
Keluarga pengantin nekad menggantikan anak mereka masih muda berikutan bimbang dengan tanggapan penduduk kampung.
Sebaik pernikahan berlangsung, pegawai daerah tempatan dilaporkan datang ke situ dan menyelamatkan gadis berkenaan.
Menurut pegawai perlindungan kanak-kanak daerah Kalahandi, Sukanti Behera, pihaknya menyelamatkan remaja berkenaan yang ketika itu sedang bersiap menduduki ujian.Behera berkata, keluarga kepada gadis itu dan pengantin lelaki tidak sedar pernikahan kanak-kanak tidak sah di India.
The New Indian Express melaporkan, Behera berkata, keluarga pengantin lelaki kemudian dimaklumkan remaja itu masih di bawah umur dan belum boleh berkahwin.
Ditanya mengenai insiden itu, ayah remaja berkenaan mengakui dia terpaksa menikahkan anaknya itu berikutan tekanan daripada orang lain.
Keluarga kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak meneruskan pernikahan itu sehingga usia gadis berkenaan mencapai 18 tahun iaitu umur yang dibenarkan untuk berkahwin.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dua tiga hari lagi nanti akan ada news - pengantin lari bersama boifren mati dibakar. {:thief |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh nasib dapat diselamatkan |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur dapat diselamatkan |
|
|
|
|
|
|
|
Moden jugak kabupaten Odisha ni |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak sangat tengok drama ni |
|
|
|
|
|
|
|
antara sebab aku selalu pergi majlis nikah, ialah kalo lah terpaksa jadi bidan terjun abg salim on jah... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam filem plak sian dia.
Kang nanti jadila mcm drama petang2 kisah kawen paksa lama2 jatuh cinta |
|
|
|
|
|
|
|
Pengaruh Bollywood |
|
|
|
|
|
|
|
Ko bimbang tanggapan org kampung apo, dah mmg org kg tau anak pompuan ko dah lari dgn jantan, bagi kawin dgn anak yg lain takkan menidakkan news anak pompuan ko yg lagi 1 sudah lari. |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 22-2-2021 09:12 AM
antara sebab aku selalu pergi majlis nikah, ialah kalo lah terpaksa jadi bidan terjun abg salim on j ...
Kalau bride tak lawa, tak kena kat Mata Abe Salim on jugak ke kahkah |
|
|
|
|
|
|
|
errm, aku harapkan yg terbaik... biar lah pengatin lelaki dtg...
tp kalo terpaksa utk menyelamatkan keadaan, aku redho je...
hanya kalao terpaksa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda kalau tak betul cuba tutup macam mana pun terselak juga |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock: antara sebab aku selalu pergi majlis nikah, ialah kalo lah terpaksa jadi bidan terjun abg salim on jah...
Kokohkohh
Untung sabut timbul kn |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik pernikahan berlangsung, pegawai daerah tempatan dilaporkan datang ke situ dan menyelamatkan gadis berkenaan.
Menurut pegawai perlindungan kanak-kanak daerah Kalahandi, Sukanti Behera, pihaknya menyelamatkan remaja berkenaan yang ketika itu sedang bersiap menduduki ujian. Behera berkata, keluarga kepada gadis itu dan pengantin lelaki tidak sedar pernikahan kanak-kanak tidak sah di India.
alhamdulillah selamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
leluhur ni dah 2021 pun..
still ikut perangai pprt estett tahun 1930an dlu...
keji2 je perangai |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua masalah pendidikan..
pemikiran ke laut |
|
|
|
|
|
|
| |
|