CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 32

   Close [Copy link]
Post time 22-2-2021 04:47 PM | Show all posts

sama2.. kalau u ada ke area belah2 sini boleh la order tapi dia bukak ptg onwards
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 04:48 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 22-2-2021 01:41 PM
Dapnya sate! Rasa cam dah lama x mkn sate

kalau lama xmkn kne mkn la.. sbb kalau mkn selalu rasa biasa je..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 04:51 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-2-2021 04:30 PM
Holohhhhhhh...PKP lagi ye? huhu...menu pe tu?

bila pkp kita tamat ye? haha dah lost track..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 04:51 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-2-2021 04:31 PM
Jumaat x boleh sebab ada mkn2...huhu...

nnt esok WFH.. rabu pun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 04:52 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-2-2021 04:32 PM
Byk je merepek...tgk bodgos tu...suka saya menyakat jenni tu

jenni tu style2 mcm loli je
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 22-2-2021 03:51 PM
bila pkp kita tamat ye? haha dah lost track..

Sama gak. Minggu dpn kot
Borong doyan, sambal paku & tempe goreng...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 22-2-2021 03:51 PM
nnt esok WFH.. rabu pun..

Wah. Esok pepagi meeting...pehtu 2 google meet
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 22-2-2021 03:52 PM
jenni tu style2 mcm loli je

Kannn...ada yg kata LMK...
Ayo nyo xde...beli ayo detox...mujo hari x berbahang...pg td ujan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 22-2-2021 04:47 PM
sama2.. kalau u ada ke area belah2 sini boleh la order tapi dia bukak ptg onwards

ohh.. eh i tag u back log sikit cake yg u cakap tu... i dah makan... but i prefer cookies tu... hmmm nanti habis pkp boleh pegi and cuba
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 05:21 PM | Show all posts




PUTRAJAYA: Mana-mana individu yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 akan diberikan dokumen secara fizikal iaitu pasport vaksin atau dipamerkan melalui aplikasi MySejahtera.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu sedang diperhalusi kerajaan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) termasuk menilai kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama negara-negara lain bagi pembangunan pasport vaksin Covid-19.


“Kalau ikut perancangan, kita perlu lihat bagaimana negara-negara lain boleh bekerjasama untuk membangunkan pasport vaksin tersebut terutama sekali apabila kita ke luar negara.


“Ketika ini, jika ke Arab Saudi pun perlu ada Yellow Book (maklumat suntikan vaksin), oleh itu kita akan cuba berunding dengan negara-negara lain bagaimana kita boleh selaraskan mengenai pasport vaksin ini  di peringkat antarabangsa,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena acara ketibaan bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diadakan secara maya.


Sidang akhbar terbabit turut disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.


Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, beliau turut mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya di Singapura sebelum ini untuk membuat perakuan bersama atau peringkat serantau supaya satu sijil vaksinasi universal boleh dilaksanakan.


Menurut beliau,  pada masa ini proses vaksinasi sedang berjalan, dan tindakan susulan akan dilakukan yang mana menetapkan beberapa syarat itu kepada mereka yang menggunakan lapangan terbang negara di samping pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) .


“Begitu juga bila sampai negara lain mereka (pengembara) mungkin tidak tertakluk dengan kuarantin lagi.


“Jadi ini antara perkara yang akan dilihat sekali gus menghidupkan semula sektor penerbangan di Malaysia selain kawasan serantau juga,” katanya.






Sumber -UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 22-2-2021 05:12 PM
ipes2 replied at 22-2-2021 12:59 AM
oh, pasal side effects kah?
nanti sy buka thread ya? jap je

Kes terbaharu...
@KKMPutrajaya

Status Terkini #COVID19, 22 Februari 2021

Kes sembuh=3,414
Jumlah kes sembuh=252,623 kes
Kes baharu positif=2,192 kes (2,189 tempatan, 3 import)
Jumlah positif=285,761
Kes kematian=6
Jumlah kes kematian=1,062 kes
Kes dirawat di ICU=199 kes
Bantuan Alat Pernafasan=91

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-2-2021 04:27 PM
Eh cam ada...tak lekat kot
Menu apa tu ?

Haha.... How are you today sb? Baru otw balik nak masak anak puasa arini. Hajat nak buat sambal udang petai dan goreng cendawan enoki
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 06:11 PM | Show all posts
kuihbakar replied at 22-2-2021 05:09 PM
Haha.... How are you today sb? Baru otw balik nak masak anak puasa arini. Hajat nak buat sambal ud ...

Fine. Baru ngap doyan sebekas
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 06:31 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 22-2-2021 09:48 AM
Sb buat sendiri atau kalau boleh kongsi le brandnya. Husband akak suka Maggi garlic thai sauce. Ka ...

TESCO rupanya


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 06:32 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 22-2-2021 06:34 PM

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Pergerakan kes COVID-19 yang didaftarkan sepanjang tempoh 14 hari [ 9 Februari hingga 22 Februari 2021 ] mengikut mukim di daerah negeri Selangor (Tidak termasuk kes discaj dan kematian).


Pertambahan 910 kes baharu didaftarkan pada hari ini [903 tempatan, 0 luar negara dan 7 kes dalam penjara]. Pecahan kes baharu adalah seperti berikut:


DAERAH GOMBAK - 113 KES


Batu 27
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 20
Saringan Pekerja 2
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 1

Hulu Kelang 14
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 7
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 1
Saringan SARI 1

Kuang 5
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Pekerja (Kluster TB Jln Kota) 2

Rawang 65
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 10
Saringan Pekerja1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Rawang) 49
Saringan Pekerja (Kluster Perdana Tiga) 1
Saringan Survelan HCW 1

Setapak 2
Saringan Kontak Rapat 2

DAERAH HULU LANGAT - 94 KES


Ampang 28
Saringan Kontak Rapat 28

Beranang 1
Saringan Kontak Rapat 1

Cheras 17
Saringan Kontak Rapat 17

Hulu Langat 13
Saringan Kontak Rapat 13

Kajang 25
Saringan Kontak Rapat 25

Penjara 5
Saringan OKT 4
Saringan OKT (Kluster DTI Sepang 2) 1

Semenyih 5
Saringan Kontak Rapat 5

DAERAH HULU SELANGOR - 8 KES


Batang Kali 1
Saringan Kontak Rapat 1

Hulu Bernam 1
Saringan Kontak Rapat 1

Serendah 6
Saringan Kontak Rapat 6

DAERAH KLANG - 338 KES


Kapar 211
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak (Kluster Teratai) 2
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 6
Saringan Pekerja (Kluster Sg Putus) 182
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 1
Saringan Pra-Pembedahan 1
Saringan Pra-Penerbangan 1

Klang 127
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak (Kluster Jln Sg Chandong) 2
Saringan Kontak (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan Pekerja 24
Saringan Pekerja (Kluster Jln Bursa) 20
Saringan Pekerja (Kluster Jln Klinik) 51
Saringan Pekerja (Kluster Jln Teknologi) 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Telok Gong) 2
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Pekerja (Kluster Sg Putus) 1
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 1
Saringan Pra-Pekerjaan 1

DAERAH KUALA LANGAT - 43 KES


Morib 1
Saringan Bergejala 1

Tanjung Dua Belas (1) 12
Saringan Kontak Rapat 9
Saringan Pekerja (Kluster TB Lombong Timah) 3

Tanjung Dua Belas (2) 26
Saringan Pekerja (Kluster Kompleks Perabot) 26

Telok Panglima Garang 4
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 2

DAERAH KUALA SELANGOR - 7 KES


Bestari Jaya 3
Saringan Kontak Rapat 1
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 1

Ijok 3
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 1
Saringan Pra-Pekerjaan 1

Penjara 1
Saringan OKT 1

DAERAH PETALING - 299 KES


Bukit Raja 52
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak Rapat 14
Saringan Pekerja 9
Saringan Pekerja (Kluster Lebuh Keluli) 23

Damansara 112
Saringan Bergejala 20
Saringan Bergejala (Kluster Jln Sg Chandong) 1
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Kontak (Kluster Mayang) 2
Saringan Kontak Rapat 61
Saringan Pekerja 17
Saringan Pekerja (Kluster Jln Hulu Tinggi) 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Sg Chandong) 1
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Pekerja (Kluster TB Lembah Subang) 2
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 2
Saringan Pra-Pekerjaan 2
Saringan Pra-Penerbangan 1

Penjara 1
Saringan OKT 1

Petaling 88
Saringan Bergejala 23
Saringan Kontak (Kluster Jln Sebelas) 1
Saringan Kontak (Kluster Mayang) 1
Saringan Kontak Rapat 50
Saringan Pekerja 8
Saringan Pekerja (Kluster Pasar Jln Putra) 2
Saringan Pekerja (Kluster Renggam) 1
Saringan Pra-Penerbangan 1
Saringan Rentas Negeri 1

Sungai Buloh 46
Saringan Bergejala 15
Saringan Bergejala (Kluster Mayang) 1
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Bergejala (Kluster Plastik Subang) 1
Saringan Kendiri 2
Saringan Kontak (Kluster Mayang) 3
Saringan Kontak Rapat 16
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Industri Kidamai) 1
Saringan Pekerja (Kluster Mayang) 2
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 2
Saringan Pra-Penerbangan 1

DAERAH SABAK BERNAM - 3 KES


Panchang Bedena 3
Saringan Kontak Rapat 3

DAERAH SEPANG - 5 KES


Labu 4
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Pekerja (Kluster Jln Lima) 2

Sepang 1
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 1


#PutuskanRantaianJangkitan
#SihatMilikSelangor



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 07:30 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 22 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 22, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
22 FEBRUARI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 3,414 kes (252,623 kes kumulatif, 88.4%);
  • Kes baharu : 2,192 kes (285,761 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (2 warganegara;1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,189 kes [1,337 warganegara (61.1%); 852 bukan warganegara (38.9%)];
  • Kes aktif : 32,076 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 199 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes; dan
  • Kes kematian : 6 kes (1,062 kes kumulatif, 0.37%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 742 kes (81.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 303 kes (13.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 221 kes (10.1 peratus).
Sebanyak 109 kes (5.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39 kes), Kluster Tembok Bendera (26 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (25 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di  Pahang, Johor, Sabah, dan Sarawak. Sebanyak lima (5) kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 22 Februari 2021:
  • Jumlah kluster : 1,082 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 578 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Parit Jamil, Kluster Manik, Kluster Batu Lapan, Kluster PalohTumpat, Kluster Pondok Hidayah, Kluster Sungai Chemubong, Kluster Jalan TJ, Kluster Stutong, Kluster Sungai Ibor, Kluster Industri Apas, Kluster Jalan KKIP Selatan, Kluster Kampung Bukit Lada, Kluster Teknologi Kesidang, dan Kluster Tropika);
  • Jumlah kluster aktif : 504 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 99 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Putus (186 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Pantai (62 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (54 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh (7) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster melibatkan komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Tapak Bina Jalan KotaSelangorTempat Kerja
2Tapak Bina Lombong TimahSelangorTempat Kerja
3Pasar Jalan PutraSelangorTempat Kerja
4Tapak Bina Sungai BatuWP Kuala LumpurTempat Kerja
5Industri Sungai GadutNegeri SembilanTempat Kerja
6Hilir Sungai KluangPulau PinangTempat Kerja
7Sungai BakongSarawakTempat Kerja
8Emperoh JambuSarawakKomuniti
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
22 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 22 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR91095,305
SABAH11052,174
JOHOR211 (1)34,024
WP KUALA LUMPUR303 (2)33,643
NEGERI SEMBILAN6414,048
PULAU PINANG13510,723
PERAK1489,468
SARAWAK2218,164
KEDAH267,495
MELAKA145,865
KELANTAN  284,515
PAHANG73,710
TERENGGANU43,135
WP LABUAN02,236
WP PUTRAJAYA71,049
PERLIS4207
JUMLAH KESELURUHAN2,192 (3)285,761

LAMPIRAN 2
Kes positif 2,192 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Februari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 910 kes
    • 415 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kota, Tapak Bina Lombong Timah, dan Kluster Pasar Jalan Putra;
    • 327 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 168 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 303 kes
    • 177 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Batu;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 221 kes
    • 87 kes daripada kluster-kluster, termasuk 68 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Emperoh Jambu dan Kluster Sungai Bakong;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 211 kes
    • 85 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 57 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 148 kes
    • 102 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 135 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hilir Sungai Kluang;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 110 kes
    • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 64 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Sungai Gadut;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 28 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 26 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 14 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Perlis: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3
Ringkasan enam (6) kes kematian pada 22 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1057209535PahangLelaki (WN)25Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanMediastinal Tumour
1058243698SabahPerempuan (WN)50Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi dan kanser paru-paru
1059245106SarawakLelaki (WN)59Hospital SibuMixed Connective Tissue Disease (MCTD)
1060272661SelangorPerempuan (WN)76Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, dislipidemia, strok, dan jantung
1061278701SelangorLelaki (WN)84Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik (COPD)
1062273923JohorLelaki (BWN)17Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER TAPAK BINA LOMBONG TIMAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat, Petaling, dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Lombong Timah 3, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 566 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN KOTA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Kota Elmina, Rawang, Gombak. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PASAR JALAN PUTRA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah perniagaan runcit yang terletak dalam kawasan pasar borong di Sri Kembangan, Petaling. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 115 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak berhampiran Sungai Batu di Jalan Ipoh, Kepong. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 385 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER EMPEROH JAMBU
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak . Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271927) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Samarahan yang berlangsung di antara 3 hingga 5 Februari 2021. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 337 individu telah disaring, di mana 60 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER SUNGAI BAKONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Tiga (3) kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke- 277615, kes ke-277617, dan kes ke-277618) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak berhampiran dengan Sungai Bakong di Meradong. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 593 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER HILIR SUNGAI KLUANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Barat Daya, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 327 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER INDUSTRI SUNGAI GADUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Rembau, dan Tampin di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, Seremban. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 2,044 individu telah disaring, di mana 65 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-2-2021 05:12 PM
Sama gak. Minggu dpn kot
Borong doyan, sambal paku & tempe goreng...

Hrni keypo masak pucuk paku   sedap sbb lama xmkn
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 22-2-2021 05:13 PM
Wah. Esok pepagi meeting...pehtu 2 google meet

Sama la esok meeting pagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 07:35 PM | Show all posts
keypochino replied at 22-2-2021 06:34 PM
Hrni keypo masak pucuk paku   sedap sbb lama xmkn


Saya beli sambal pucuk paku ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 22-2-2021 05:19 PM
ohh.. eh i tag u back log sikit cake yg u cakap tu... i dah makan... but i prefer cookies tu... hm ...

Ooyeke tp dari seller yg sama tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 1.591946 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list