View: 10318|Reply: 133
|
Penerima Vaksin Alami Kesan Sampingan Serius Boleh Dapat Pampasan - KJ
[Copy link]
|
|
Satu skim perlindungan program imunisasi vaksin kebangsaan Covid-19 akan diwujudkan sebagai melindungi para penerimanya mulai Rabu ini.
Skim khas itu bertujuan memberi pampasan kepada penerima vaksin sekiranya ada dalam kalangan mereka yang terjejas akibat kesan sampingan yang serius akibat daripada suntikan dos pertamanya nanti.
Kredit foto: FB
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas yang diadakan minggu lalu.
Bagaimanapun kata Khairy Jamaluddin, skim itu kini dalam proses untuk diperincikan lebih mendalam sebelum diumumkan secara rasminya tidak lama lagi.
“Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan secara langsung dengan pesakit atau penerima yang terjejas akibat pemberian vaksin Covid-19.
“Jemaah menteri yang bermesyuarat khas minggu lalu sudah memutuskan bahawa kita akan wujudkan satu skim untuk penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius,” katanya pada sidang media khas ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Sidang media yang sama turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan Program Imunisasi Kebangsaan juga diminta mengulas sama ada kerajaan akan memulakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat insurans untuk menawarkan perlindungan kepada penerima vaksin Covid-19 yang mendapat kesan sampingan serius atau kematian disebabkan oleh pengambilan vaksin.
Beliau bagaimanapun menegaskan, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.
Beliau juga menyatakan kerajaan kekal dengan keputusan pemberian vaksin secara sukarela ketika ditanya sama ada ia diwajibkan sekiranya jumlah individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin tidak setara dengan bekalan yang diterima khususnya pada fasa kedua dan ketiga apabila ia dilaksanakan kelak.
“Kita belum buat apa-apa keputusan berhubung perkara itu (bincang dengan syarikat insurans) tetapi pendirian kerajaan ketika ini kekal iaitu vaksin diberi secara sukarela.
“Kita tunggu dan lihat nanti perkembanganya… andai kata tidak ramai yang mendaftar sebagai penerima, maka polisi yang dikekalkan kerajaan ketika ini akan dibincangkan kemudian,” katanya.
Sumber: MalaysiaGazette |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok noted. jgn disalah guna pula. yg betul2 terkesan buruk tu claim la nnti. yg acah2 tu tlg simpan niat nk claim. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap takde la yg blakon sbb nak claim.. |
|
|
|
|
|
|
|
Japgi ramai laa y pura2 sakit lps vaksin gara2 nak dpt duit...mcm xtaw perangai rakyat mesia nak2 y otak sekerat nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah jika ada pampasan, semoga pampasan yang bakal diberikan adalah setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap: Bagus lah jika ada pampasan, semoga pampasan yang bakal diberikan adalah setimpal
My opinion xde ape yg bleh setimpal dgn your health. A healthy body & mind tu priceless. |
|
|
|
|
|
|
|
Pampasan pun kalau serious side effects yg need hospitalisation dan masuk ICU agknye. Kalau skadar demam, berak2, muntah2 dan lenguh2 tangan(side effects biasa), jgn harap nk dpt pampasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 x ada org yg buat psl nak claim kononnya ada side effect lps ambik vaksin. Bkn susah pun nak tipu. Ko amik vaksin pastu pg minum klorox. Pastu waris claim konon mati sbb ambik vaksin. Kan |
|
|
|
|
|
|
|
mesti la perlu post mortem pelbagai dulu, nak dpt ex-gratia pun ingat senang2 ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Layak dpt pampasan lh klu dh jd sayur... selagi boleh guna kaki tgn tu x kira ye. Jgn berangan nk duit pampasan |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal tak byk thread pasal vaksin ya? Cth kes dr roland ke
Pasal sukarelawan zamin omar bagai, kat fb ramai je antivaksin duk berbunyi pasal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. susah juga dia nak claim kalau tak ada simptom
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 21-2-2021 03:49 PM
haha.. susah juga dia nak claim kalau tak ada simptom
Sapa taw kan..rakyat msia kan kreatif bab menipu sakit nih..hihihi~
Lagikn depression y org mtk jauh pn kemain bangga dorg mngaku ada depression..hrp2 gomen mmg bt thorough checking lah..lgpn karens kt msia pn makin lama makin byk..huhu~ |
|
|
|
|
|
|
|
Kira vaksin ni x kan menjamin hidup seseorang.... kalau mati family terima pampasan la ya..atau penyakit kekal yg kronik..
Bahaya juga bg ada orang yg berniat nk bunuh ahli keluarga..huhu..cth anak tiri ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut weyhhh dia cakap camni. By the way, betul ke kita punya nanti pfitzer macam Singapore. Kalau tak, boleh ke beli yg mcm tu? Aku bukan kiblat ke sana tapi so far tak baca lagi sgpore ada masalah selain rasa pening camtu |
|
|
|
|
|
|
|
idril replied at 21-2-2021 03:10 PM
mesti la perlu post mortem pelbagai dulu, nak dpt ex-gratia pun ingat senang2 ke
Ada dlm term and condition wajib post mortem? |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g: Harap2 x ada org yg buat psl nak claim kononnya ada side effect lps ambik vaksin. Bkn susah pun nak tipu. Ko amik vaksin pastu pg minum klorox. Pastu ...
Nak claim Socso sebab eksiden pun macam2 check up.tak semudah yang ditulis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cucuk vaksin typhoid pun akan sengal2 lenguh satu tangan, bengkak kat injection site, tak sedap badan, maybe dedor2 demam. Effect macam ni biasa sebab badan kita tengah kerja keras hasilkan immunity terhadap virus typhoid tu. Nothing to worry.
Side effect yang sama berlaku pada almost semua vaksin, so kena expect bila cucuk vaksin Covid pun akan ada side effect macam ni. Vaksin fungsi dia nak induce sistem imun. Sistem imun yang tengah aktif memang akan ada simptom tak sedap badan.
Side effect yang biasa mcm ni I rasa mmg tak patut eligible untuk pampasan. Duduk diam2 kat rumah sampai baik ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by future3006 at 21-2-2021 04:32 PM
Betul sama. Pfizer hanya keluarkan satu jenis vaccine mRNA je under nama COMIRNATY. Vaksin ni takde langsung partikel virus Covid, hanya mRNA yang dibuat secara sintetik so memang kita tak akan dapat Covid melalui vaksin ni. Cuma dapat imunity je.
Tapi awal2 lagi KJ dah cakap kita tak boleh pilih vaksin brand apa. Terima je.
I rasa frontliners kot yang akan diberikan keutamaan untuk dapat vaksin Pfizer.
|
|
|
|
|
|
|
|
future3006 replied at 21-2-2021 04:23 PM
Cucuk vaksin typhoid pun akan sengal2 lenguh satu tangan, bengkak kat injection site, tak sedap bada ...
Inject typhoid iols lenguh tangan je tu pn bila dh half day paksa2 buat keja hilang trus lenguh... xpnah lg bengkak n demam lh. Nxt month kna inject lg ni, dh nk expired 3 thn |
|
|
|
|
|
|
| |
|