View: 4738|Reply: 36
|
Kucing sarat mengandung hilang empat kaki. Kena potong!
[Copy link]
|
|
mstar.com.my
Sekeluarga menggigil, kucing kesayangan sarat mengandung hilang 4 kaki... bangkai Cantik diletak dalam kotak - “Macam tulang ayam ditarik dagingnya”
Sabtu, 20 Februari 2021 7:00 AM
3 minutes
KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.
Begitulah gambarannya mengenai nasib seekor kucing yang sarat mengandung apabila keempat-empat kakinya putus pada pagi Jumaat.
Menurut pemilik kucing itu, Mur Salina Junaidi, 20, dia yang berada di tempat kerjanya di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur bergegas pulang ke rumah setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ahli keluarganya.
Mesra disapa Salina, dia mengakui terkejut dan menggigil apabila melihat sendiri bangkai haiwan itu yang ditinggalkan dalam sebuah kotak berhampiran kediamannya di Gombak, Selangor.
"Saya ada di pejabat. Kemudian keluarga maklumkan nampak kucing kami mati, ditinggalkan dalam kotak di belakang kereta.
"Kakinya seperti dipotong. Apabila diteliti dekat, seolah-olah keempat-empat kaki tu direntap sehingga tercabut.
Salina membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Macam tulang ayam yang ditarik dagingnya. Kucing saya yang mati tu namanya Cantik, tengan sarat mengandung," ujar Salina kepada mStar.
Menurut gadis itu lagi, ahli keluarganya turut bersedih dan menggigil setelah melihat sendiri keadaan kucing itu.
Risau akan apa yang berlaku, dia turut membuat laporan di Balai Polis Gombak pada hari sama.
Di kawasan rumah saya juga tiada sebarang kesan darah. Tak ada nak syak sesiapa.
SALINA
"Kami semua ketar tangan, sebab tak pernah kena pengalaman macam ni. Satu famili sedih.
"Rasa terancam, sebab kucing saya seperti dibunuh ditempat lain sebelum ditinggalkan di dalam kotak. Kalau tak ada motif, kenapa tak buang terus je?
"Di kawasan rumah saya juga tiada sebarang kesan darah. Tak ada nak syak sesiapa, jiran-jiran saya pun mereka bela kucing.
"Di rumah saya ada enam ekor kucing semuanya," jelasnya lagi.
Antara yang dikongsi di Instagram Salina.
Masih bersedih dengan apa yang berlaku, Salina juga berharap agar pelaku menerima hukuman setimpal atas apa yang berlaku.
"Kepada pelaku, kalau dia boleh lari di dunia, di akhirat dia akan terima balasan," ujarnya dalam nada sebak.
Salina turut berkongsi berita duka itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aku doakan moga pelaku pembunuh tu hidup x kan senang dan sentiasa mengalami musibah sampai mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini memang ekstrem. |
|
|
|
|
|
|
|
Watdefak, WHY?! Harap ditangkap celaka ni ya! Ada harapan jadik pembunuh manusia jika dah puas dengan binatang yah! |
|
|
|
|
|
|
|
Zalim nya manusia
Jangan zalimi makhluk lain. Setimpal balasan yang kena. Bukan menyumpah. Kalau pembuatnya nanti hilang kaki dan tangan. Aku tak terkejut. |
|
|
|
|
|
|
|
Byk btol kes kat danau kota lately.huu
Kesan binatang x berdosa.
Try wat kt rimau plk..ade berani x..
Mentang2 la kucing kecik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pelaku hidup dalam ketakutan semoga ahli keluarga nya ada yg terima nasib macam nih. Pegi mampossssss |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing ni dibiarkan berkeliaran ke?
Kejam nau sampai potong kaki semua |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas bebas berkeliaran ke kucing ni kat kawasan kejiranan tu? Takut ada yg marah walaupun x patut buat mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing bunting mati diseksa, kaki dikerat
ASYRAF MUHAMMAD | | 20 Februari 2021
KUALA LUMPUR - Polis merujuk kes penemuan bangkai kucing bunting tanpa keempat-empat kaki dipercayai akibat didera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis juga sudah menerima laporan yang dibuat pemilik kucing berkenaan pada Jumaat berhubung kejadian itu.
"Kes ini dirujuk ke JPV. Semua kes melibatkan penganiayaan terhadap haiwan disiasat oleh jabatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kejadian itu apabila pemilik kucing berkenaan, Mur Salina Junaidi, 20, mendakwa haiwan peliharaannya yang diberi nama Cantik itu ditemui mati dalam kotak yang ditutup dengan kertas surat khabar.
Kotak berkenaan dijumpai berhampiran kereta milik bapa saudaranya di Taman Harmoni di sini.
Mur Salina berkata, kaki kucingnya itu mungkin dicabut dan dipatahkan oleh pelaku dan bukannya dikerat menggunakan peralatan tajam.
Susulan itu, Mur Salina membuat laporan di Balai Polis Gombak di sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Check kucing ada kes berak.rumah jiran x?
Kedua pernah ada kes gaduh parking rumah jiran x? Atau dendam lama yang panas?
Kalau ada settlekan |
|
|
|
|
|
|
|
allahuuuuu apa nk jadi lah manusia berhati binatang yg suka seksa binatang ni ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebak aku baca.. Perangai apalah sampai mcmtu sekali buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap hati2 lah penduduk sekitar kawasan ni , saikopat berkeliaran.. bukan senang nak siasat sapa orangnya. Personaliti luaran tak sama dengan dalaman.
Yg buat ni mmg konpem , syaitan dikalangan manusia.
Kaki2 tu buat apa? Ramuan ilmu hitam ker? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pun tak suka kucing..perlu ke seksa kucing tu sampai jd mcm tu..tak apalah ko didunia lepas takde sapa yg nampak tp bila sampai masanya..ko dpt lah hasil apa yg ko buat kat kucing ni..dah lah tgh mengandung ko cacatkan lg 4 kaki kucing ni..sedihnya lah..sampai hati menganiaya kucing ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni geng ilmu hitam ke hati drng bnyk hitam??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|