"Biggest pay cheque EVER at 15!! Hahaha!"
Aktres popular era 2000an, Sharifah Sofia, 35, mengimbas kenangan bersama stesen televisyen NTV7 yang banyak merakamkan memori terawalnya dalam industri hiburan Malaysia.
Dengan tidak menghadirkan diri ke sekolah selama tiga bulan semata-mata untuk menyiapkan sitkom Spanar Jaya sangat bermakna dalam hidupnya.
Lebih-lebih lagi setelah Sofia menjelaskan yang ianya adalah bayaran termahal pernah diperolehinya di usia 15 tahun membuatkan netizen teruja!
Foto :Twitter
Menjelaskan menerusi sitcom inilah permulaan dia makin aktif dalam dunia lakonan, Sofia tidak lupa memberi kredit kepada barisan penulis skrip yang berwibawa termasuk pihak produksi.
Namun, bukan itu yang rata-rata netizen persoalkan. Selain bertanya jumlah Biggest pay cheque yang diperolehi aktres itu, mereka juga terkejut dengan kematangan di usia 15 tahun. Namun, ianya dijawab dengan tenang oleh Sofia sendiri.
Foto : Twitter
Foto : IG
Foto : Twitter
Berwajah Pan Asian mungkin membuatkan Sofia tampak matang di usia remaja. Akan tetapi, bakatnya yang harus diperkatakan.
Biarpun mengalami masalah peribadi sebelum ini, namun Sofia meneruskan langkah dalam bidang lakonan kerana itu adalah minatnya.
"Ada a few things coming InshaAllah.. tele 1 dengan drama 1."
Foto : IG
Jadi, mana satu drama atau filem lakonan Sharifah Sofia yang anda ingati? - CARI
|