CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1707|Reply: 6

"Saya Takkan Benarkan Diri Dibuli Muhyiddin" - Puad

[Copy link]
Post time 19-2-2021 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Puad Zarkashi akan terus mempertahankan dirinya dalam kes saman fitnah oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.








Puad mengakui telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada peguam Muhyiddin dan bersedia untuk ke mahkamah bagi membuktikan kebenaran.


Menurut bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu lagi, tindakan saman Muhyiddin juga boleh disifatkan sebagai satu bentuk pembulian terhadapnya.

“Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh Tan Sri Muhyiddin seperti mana Umno dibuli.

“Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting (hantaran) dalam Facebook saya," katanya.


Sebelum ini, Muhyiddin menuntut Puad memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah menerusi hantaran di Facebook.


Puad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin enggan dikuarantin sekembali dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.


Terdahulu, Puad menepis dakwaan Muhyiddin selain memaklumkan bahawa dirinya hanya melontarkan soalan terhadap isu tersebut.







“Saya dituduh memfitnah perdana menteri. Sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itu pun disaman maka amat wajar saya melawan di mahkamah.

“Oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri dibuat tergesa-gesa, maka ia isu 'kepentingan awam' yang perlu ditanya dan dipersoalkan.

“Ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah 'kuarantin' tiga hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?

“Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak,” katanya lagi.




Sumber: ProjekMM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pun kategori elipen figt elipen jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 03:22 PM | Show all posts
Bagus juga ada yg berani camni...akupun tak setuju cluster kayangan menteri kuarantin 3 hari. Pasni semua menteri kena cucuk vaksin mendahului rakyat, kot ada effect biar menteri hadap dulu. Nak special sgt kan......
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 03:26 PM | Show all posts
Besnya tgok mereka bergaduh, kerajaan barokah diiktiraf mopeti nan satu itteww kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 03:38 PM | Show all posts
Elok jugak dlm kerajaan ada dua team, barulah dorg nak suarakan benda2 tak betul musuh dorg buat. Klu tak semua pakat2 totop lobang puak sendiri. First time lah ada pennbangkang dlm kjaan yg boleh suarakan benda tak hetul, mmg elok sgt!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 03:55 PM | Show all posts
hahahaha... diam la ko puad...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak masa ye Abahcow nak saman2 orang ni. Dalam sibuk corvid, negara and nica geee..Kau sedap2 pi bawak tour kau berpuluh ratus orang pi negara yg banyak kes corvid yg tak record ada hati nak saman....puiiiii.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055873 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list