View: 5640|Reply: 61
|
China Dilapor Lancar Rancangan Manipulasi Cuaca, Cetus Kebimbangan Negara Tetang
[Copy link]
|
|
Bagi yang masih tidak tahu, China sememangnya telah menjalankan program manipulasi cuaca sejak sekian lama dan pada Disember lalu, mereka mengumumkan bahawa operasi itu akan diperluaskan lagi di seluruh negara.
Pihak berkuasa negara itu mengatakan bahawa program hujan atau salji tiruan akan meliputi 5.5 juta kilometer persegi pada tahun 2025 yang merupakan hampir 60% wilayah China.
Menurut BBC Indonesia, inisiatif itu telah menimbulkan kebimbangan di negara-negara jiran seperti India kerana ketidakpastian mengenai kesan teknologi ini serta ketegangan serantau yang sudah ada.
China menggunakan kaedah pembenihan awan yang terkenal di seluruh dunia.
“Banyak negara menggunakan teknologi ini termasuk China dan India,” kata pakar cuaca dari Akademi Pengajian Tinggi Manipal, Dhanasree Jayaram.
Namun, Jayaram juga mengatakan bahawa rancangan China dalam memanipulasi cuaca lebih besar.
Pembenihan awan mempunyai sejarah yang panjang, bermula pada tahun 1940-an (terutama di Amerika Syarikat) tetapi masih terdapat keraguan besar mengenai hasilnya.
Seorang saintis di Universiti Normal Beijing, John C. Moore, mengatakan bahawa terdapat 50,000 bandar di China yang mempraktikkan pembenihan awan secara berkala untuk mengelakkan kerosakan pada ladang pertanian mereka.
Pun begitu, pembenihan awan tersebut hanya berkesan di China ‘selama sebulan atau dua bulan’.
Negara itu menggunakan alat-alat seperti ‘roket’ bagi melancarkan operasi manipulasi cuaca tersebut.
Rancangan pengembangan manipulasi cuaca China telah diumumkan pada 2 Disember lalu dalam satu kenyataan dari Majlis Mesyuarat Negara.
Program itu diyakini akan berguna ketika menghadapi sebarang bencana, untuk sektor pertanian, ketika terjadi kebakaran hutan atau kemarau.
Kurang dari sebulan setelah pengumuman itu, China melancarkan program pengubahsuaian cuaca dengan menerbangkan drone Ganlin-1.
Keraguan mengenai program itu tidak menghentikan China daripada membuat pelaburan besar dan keadaan ini menambahkan kebimbangan di negara-negara jiran.
“Salah satu yang menjadi tumpuan adalah sama ada teknologi ini akan memberi kesan kepada perubahan musim panas di India,” kata Jayaram.
Penyelidik dari Universiti Nasional Taiwan menyatakan dalam laporan yang diterbitkan pada tahun 2017 bahawa kurangnya penyelarasan aktiviti manipulasi cuaca dapat menyebabkan tuduhan ‘pencurian hujan’ antara negara-negara jiran.
Moore mengatakan bahawa tidak ada bukti saintifik untuk menyokong tuduhan seperti ini, walaupun dengan musim yang berubah di Asia, keadaan menjadi lebih rumit.
Sumber: BBC Indonesia/SiakapKeli |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak terkejut pun kalau ada. In fact Aku rasa negara2 besar lain pun dah ada teknologi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab itu china mengosongkan kem tentera di wilayah rebutan China - India...
ha tak payah la ko rebut wilayah ni, ko gi cari cara utk atasi musim kemarau di negara kau itu
|
|
|
|
|
|
|
|
Curi hujan camne?..tarik awan masuk negara diorg ke camne |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah cuaca sekarang pelik2... dah banyak negara guna rupanyer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa risiko pada ekosistem. Zaman dulu boleh tengok langit sendiri dan ramal sendiri cuaca untuk hari tu. Zaman ni apa pun tak boleh ramal, ada jadual bertugas dah rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan teknologi baru pun dah puluh tahun juga dah mereka gunakannya antara tahu atau tidak je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap, aritu kat mesia pun ada pakai teknologi pembenihan ni sbb panas memanjang.. tup2 angin tiup, hujan pun turun kat tmpt lain. Hahaha... depa kena buat beberapa kali agaknya utk dpt hujan turun. Hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Bab ni aku x caya.sebb cuaca ni Allah pegang.klo virus tu ubahsuai, mmng caya..itupun dgn izin Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Barokah take no loji HAARP CIA, dajjal boleh suruh elohim toronkan hujan dari langit untuk kawasan yang tandus gersang |
|
|
|
|
|
|
|
cuaca pon hada fake made in china ko mampoo? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca memang dah lama boleh kawal, tak belajar ke cara macam mana cuaca tu boleh terhasil? Law of energy ko tau ke tak dik, sempat tak belajar dulu? Bezanya teknologi belum cukup canggih nak kawal cuaca sekelip mata je. Tu la pembenihan awan pun mesti taktau. |
|
|
|
|
|
|
|
ekceli ni bukan teknologi China kot, weols sebelum tu bukan ke dah byk kali wat hujan musim jelebu, rasa nye lebih 10 tahun da
BBC ni dah naik angin pasal bebaru ni dah kene haram kat China, padan muka stesen British setan ni
British toksa lagi bermimpi nak kembali zaman peta jajahan terbesar ... bebaru ni nak ajak Australia, New Zealand, Canada ( tapi skip Amerika ) utk tubuh kuasa yg ckp English punya .... ok la ... just layan popcorn tgk tiga negara tu minat tak diperkuda British ... wlpon popcorn bukan sedap mana pon, jawapan dah ampir jelas
heharap lebih byk negara akan haramkan BBC dan semua stesen amerika yg di kontrol yahudi spt CNN, FOX
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria: Bab ni aku x caya.sebb cuaca ni Allah pegang.klo virus tu ubahsuai, mmng caya..itupun dgn izin Allah
Bende ada proses. Hujan itu adalah proses Akhir.
Setiap bende ada proses awal dan proses akhir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh la adjust kasi turun salji kat Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak, laporan BBC tentang China bagai sampah yg boleh dibuangkan sajalah.
Boleh nampak motif BBC membikin cerita ni pasal Texas USA dilanda cuaca membeku dan USA tak dapat handle masalah ni, jadi kasi media barat utk sebarkan cerita dongeng depa |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia masa fenomena El Nino tahun 1998 pun byk kerajaan buat pembenihan awan. Supaya hujan turun. Masa tu empangan byk yg susut air. |
|
|
|
|
|
|
|
zjen replied at 19-2-2021 07:58 PM
ekceli ni bukan teknologi China kot, weols sebelum tu bukan ke dah byk kali wat hujan musim jelebu ...
Nanti british mampos...tak.payah guna english lagi
Yg suka belagak guna english di malaysia akan jd dinosaur |
|
|
|
|
|
|
|
Orkuitor replied at 20-2-2021 12:29 AM
Alamak, laporan BBC tentang China bagai sampah yg boleh dibuangkan sajalah.
Boleh nampak motif BB ...
Berita ni dari india kan? India suka buat cerita pasal.china....jeles punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
Benda dapat ubah cuaca ni bukan menyeluruh dan bukan tetap pun, ia bersifat setempat dan sekejap jer.. dan sangat2 terbatas, yang bermaksud kadang boleh kadang tak, kalau tak dapat buat lagi.. tak adalah sampai nak bayang kuasa manipulasi cuaca manusia ni sama seperti kuasa Tuhan.
Teori asasnya cuma spray benih hujan iaitu silver iodide atau liquid nitrogen ke dalam awan guna kapal terbang atau ditembakkan dari bawah. Kehadiran benih hujan menyebabkan wap air bertukar kepada titisan halus air disekitar benih tersebut. Jika dah cukup banyak dan berat ianya akan jatuh sbg hujan atau salji ditempat yang sejuk.
Jadi yang dikatakan kemampuan manipulasi cuaca cuma setakat itu .. sangat terbatas.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|