CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 9

[Tempatan] Vaksin Covid-19: Bantuan, sagu hati jika wujud kesan sampingan

[Copy link]
Post time 18-2-2021 10:14 PM | Show all posts |Read mode
https://www.utusan.com.my/berita ... ud-kesan-sampingan/

PUTRAJAYA: Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas berkaitan vaksin Covid-19 bagi melihat kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas program vaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi menilai sekiranya berlakunya kesan sampingan yang teruk termasuk kematian untuk membolehkan tindakan susulan.

Pihaknya tidak memanggil hal tersebut sebagai pampasan seperti dilakukan beberapa negara termasuk Singapura tetapi lebih kepada sagu hati ataupun bantuan.

“Bagaimanapun pakar akan meneliti dahulu kes terbabit bagi melihat kesan sampingan terbabit sama ada kematian itu disebabkan vaksin ataupun hanya kebetulan.

“Sekiranya berlakunya kesan sampingan yang serius ataupun kematian, kita akan daftarkan kes terbabit kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan syarikat pengeluar vaksin itu untuk direkodkan serta dinilai berdasarkan data yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Sesi Libat Urus Darurat Covid-19 Siri 3/2021: Keselamatan dan Keberkesanan Vaksin Covid-19 serta Strategi Kementerian Kesihatan bagi melindungi golongan berisiko tinggi secara maya di sini hari ini.

Beliau berkata, seperti semua vaksin yang ada sebelum ini, pastinya akan berlaku kesan sampingan seperti demam, bengkak, sakit, kemerahan di mana ia adalah radang di tempat disuntik.

“Apabila kesan sampingan atau gejala sedemikian berlaku, ia adalah satu perkara yang bagus kerana badan ada tindak balas dengan vaksin sekali gus menjana antibodi,” katanya.

Jelasnya, perkara ini sama seperti apabila seseorang itu perlu menandatangani surat kebenaran pembedahan tetapi ia tidak bermakna tindakan mahkamah tidak boleh dibuat.

“Biarpun ada surat sedemikian, seseorang itu boleh ambil tindakan sekiranya adalah kematian atau komplikasi pembedahan. Bagaimanapun jika tidak dibawa mahkamah, pampasan akan diberi,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2021 10:15 PM | Show all posts
tak nak sagu hati

nak tanah lot utk rumah banglo sbuah

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sagu hatinya......tnggl dan dan makan (free) jer kat spital..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pasangan berkahwin , suami dia mati pas dpt vaksin, mohon beri Rumah free n Elaun bulanan seumur hidup utk status ibu tunggal
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat banyak kesan sampingan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai saja boleh comments nampak nya kurang lah side effect dari kecil sudah kena vaccine...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-2-2021 11:10 PM | Show all posts
nasib baik dlm thread ni dia tk mengaku dia pakar vaksin

sebelum ni dia mengaku dia pakar genetik bekerja di amerika

tah2 tukang kutip sisa klinikal kt spital

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana mereka nak mengaku jika ada kematian kerana vaksin. Mestilah mereka akan salahkan mangsa ada underlying health conditions atau alahan. Pampasan pun tiada gunanya. Yang sudah meninggal tidak akan kembali lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 01:58 AM | Show all posts
asma87 replied at 18-2-2021 11:02 PM
Kalau pasangan berkahwin , suami dia mati pas dpt vaksin, mohon beri Rumah free n Elaun bulanan seum ...

apa pula ...suruh DG Hisham ,xpun Tengku Zafrul ambil buat bini lah....bela sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:58 AM | Show all posts
Ini membuktikan mrk pun xboleh beri kita jaminan bahawa vaksin ni baik untuk disuntik.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.515071 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list