CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 2

[Tempatan] Bekas pesakit COVID-19 juga perlu pelalian

[Copy link]
Post time 18-2-2021 09:24 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... juga-perlu-pelalian

PUTRAJAYA: Sejarah jangkitan COVID-19 tidak memberi jaminan pesakit kebal daripada jangkitan semula virus itu.

Ini berikutan, antibodi bekas pesakit hanya mampu bertahan kira-kira lapan bulan, bergantung kepada tahap jangkitan masing-masing.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, berkata antibodi pesakit jangkitan ringan sebaliknya mungkin bertahan kurang dari lapan bulan.

"Kalau pesakit Kategori 1 dan 2, dia punya tindak balas dan imuniti kurang sikit berbanding mereka yang teruk atau kritikal.


"Sebab itu vaksin diperlukan untuk menyeleraskan tindak balas terhadap jangkitan COVID-19," katanya pada sesi libat urus bersama Ketua Pengarah Kesihatan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr P Kalaiarasu, menafikan dakwaan bekas pesakit COVID-19 tidak perlu menjalani program vaksinasi.

"Mereka (bekas pesakit COVID-19) masih mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti semula virus terbabit," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Sektor Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Mohd Hanif Zailani, berkata penerima vaksin yang mengalami alahan perlu memulakan semula program pelalian COVID-19, menggunakan jenis vaksin berlainan.

"Jika penerima vaksin Pfizer mengalami alahan, mereka perlu mengulangi pelalian, mungkin menggunakan vaksin AstraZeneca dan mereka tetap akan diberikan dua dos juga.

"Baki dos Pfizer itu pula akan digunakan kepada penerima lain," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Flu biasa jelahhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2021 09:26 PM | Show all posts
bahayanya virus chong cheng ni

hadoooooooooooooooooooooooooi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054610 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list