Ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan mempercepatkan pemberian komputer riba percuma seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/18/145627apacpyqkaejepa99.png) Kredit foto: IG Syed Saddiq
Mengulas dakwaan persatuan pengguna tentang ibu bapa yang terdesak membeli peranti elektronik untuk anak-anak sehingga meminjam ah long, Syed Saddiq menggesa kerajaan segera menanganinya.
“Tiada pelajar yang perlu melalui masalah ini. Bantu mereka sebelum terlambat,” catatnya di Twitter.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/18/145626dgx99z3vdxd3lkv6.png) Kredit foto: Twitter
Katanya di kawasannya sebanyak kira-kira 300 komputer riba dan 400 tablet diberi kepada keluarga yang memerlukan.
Katanya usaha itu dilakukannya sendiri tanpa menggunakan dana kerajaan kerana sudah “berputus asa” menunggu.
Persatuan Pengguna Kedah (Cake) kelmarin dilapor menerima 17 aduan melibatkan pinjaman ah long, sembilan daripadanya ibu bapa yang tidak mampu membeli gajet untuk anak bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Cake berkata, pengadu merupakan peniaga kecil dan bekerja sendiri yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP).
Sumber: ProjekMM
|