CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1325|Reply: 2

Wanita berdepan enam pertuduhan miliki kotak media iBoite-X secara haram

[Copy link]
Post time 18-2-2021 01:18 AM | Show all posts |Read mode







SHAH ALAM: Seorang wanita berusia 40-an dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan di bawah Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana memiliki enam unit kotak media berjenama iBoite-X.


Dia didakwa atas kesalahan memperoleh secara haram perkhidmatan aplikasi kandungan yang dibekalkan Measat Broadcast Network System Sdn Bhd.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM300,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.


Tertuduh sebelum ini ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia (JSJK) Bukit Aman di Taman Putra Prima, Puchong pada 12 Disember 2019.


Serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu turut disertai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Bahgiaan Penguatkuasaan KPDNHEP, serta pegawai Measat Broadcast Network System Sdn Bhd.


Pemeriksaan di lokasi serbuan membawa kepada penemuan enam kotak media berjenama iBoite dan iBoiteX.


Hasil laporan forensik terhadap enam kotak media itu, terdapat perisian MyTV.apk iaitu satu sistem yang direka bentuk untuk memperoleh secara haram perkhidmatan siaran Astro.




Sumber : Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 01:27 AM | Show all posts
maksudnya dia pakai android box ke?? haram ke android box??
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
rastaf replied at 18-2-2021 01:27 AM
maksudnya dia pakai android box ke?? haram ke android box??

Klu baca2 kt fb tu, kiranya android box tu haram, kira mcm mencuri jugak. Sbb orang lain nk dapat kan sesuatu service tu kena bayar, tapi kita tak byr.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040415 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list