CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2223|Reply: 17

Muhyiddin tuntut Puad Zarkashi mohon maaf, ganti rugi RM10 juta

[Copy link]
Post time 17-2-2021 04:28 AM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin tuntut Puad Zarkashi mohon maaf, ganti rugi RM10 juta

Februari 16, 2021 @ 4:25pm

Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menuntut Mohd Puad Zarkashi memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook minggu lalu.



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook minggu lalu.

Dalam surat tuntutan dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership kepada Mohd Puad hari ini, Muhyiddin, antara lain, menuntut Mohd Puad memadam kenyataan bertarikh 9 Februari mengenai kuarantin dari laman Facebooknya.

Tuntutan itu dibuat terhadap kenyataan Mohd Puad bahawa Muhyiddin enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

"Kami diarahkan bahawa kenyataan itu mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat," menurut surat tuntutan yang ditandatangani oleh peguam Muhyiddin.

Firma guaman itu juga diarah untuk menuntut Mohd Puad menyatakan permohonan maaf secara terbuka disiarkan secara jelas dan segera di laman Facebooknya dan semua portal berita dan media sosial yang menyiarkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.

Selain itu, Mohd Puad juga dituntut mengeluarkan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi atau menerbitkan kenyataan sama atau seumpama itu dalam apa jua cara sekalipun.

"Kami diarahkan untuk menuntut agar bersetuju untuk membayar pampasan kepada anak guam kami sejumlah RM10 juta dan jika gagal menunaikan tuntutan dalam masa tujuh hari dari tarikh surat ini, maka kami akan mengambil tindakan guaman terhadap anda," katanya.
Difahamkan surat tuntutan itu dihantar melalui e-mel dan juga diserahkan secara tangan kepada Mohd Puad hari ini.

Pada 9 Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia. - BERNAMA







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 08:14 AM | Show all posts

Hina Tan Sri Muhyiddin Yassin -Puad Zarkashi Dituntut Mohon Maaf, Ganti Rugi RM1

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook, minggu lalu.


Dalam surat tuntutan dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership kepada Mohd Puad, semalam, Muhyiddin, antara lain menuntut Mohd Puad memadam kenyataan bertarikh 9 Februari mengenai kuarantin dari laman Facebooknya.


Tuntutan itu dibuat terhadap kenyataan Mohd Puad bahawa Muhyiddin enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.


"Kami diarahkan bahawa kenyataan itu mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat," menurut surat tuntutan ditandatangani peguam Muhyiddin.




Kredit foto: BERNAMA, Arkib NSTP




Firma guaman itu diarah untuk menuntut Mohd Puad menyatakan permohonan maaf secara terbuka disiarkan secara jelas dan segera di Laman Facebooknya dan semua portal berita dan media sosial yang menyiarkan kenyataan didakwa berunsur fitnah itu.


Selain itu, Mohd Puad dituntut mengeluarkan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi atau menerbitkan kenyataan sama atau seumpama itu dalam apa jua cara sekalipun.


"Kami diarahkan untuk menuntut agar bersetuju untuk membayar pampasan kepada anak guam kami sejumlah RM10 juta dan jika gagal menunaikan tuntutan dalam masa tujuh hari dari tarikh surat ini, kami akan mengambil tindakan guaman terhadap anda," katanya.


Difahamkan surat tuntutan itu dihantar melalui e-mel dan diserahkan secara tangan kepada Mohd Puad, semalam.


Pada 9 Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menafikan sekeras-kerasnya fitnah dibuat Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 08:17 AM | Show all posts
Eh bukan betul ker apa Puad tu cakap?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 08:18 AM | Show all posts
haha tu dia makanan unt org yg suka buat fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah..jgn buat org lagi nyampah boleh tak???
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 17-2-2021 08:17 AM
Eh bukan betul ker apa Puad tu cakap?

Bila lawan pm automatik ko akan dikira salah. Kalo bekas pm x apa.

Tgk lah zaman najib, isu 1mdb. Mn pnh court sabitkan dia bersalah or ada kes.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2021 09:35 AM | Show all posts
apa nak jadi negara ni..sama2 dlm kajaan pun bergaduh smpai saman menyaman
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin teruk lah Penyatuan Ummah

Fikir lah nasib Melayu merempat di Bumi sendiri.....asyik fikir gaduh je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Puad ni mesti agen DAP yg menyamar UMNO. Takkanla umno nak memfitnah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 09:46 AM | Show all posts
jgn bg ruang kpd fitnah unt bermaharajalela
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
muhyiddin tak nak saman ke netizen yg hina dia dlm facebook jokowi tu?

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati hati guys tinggal komen...walopon ala ala nyata pasal kurantin tu gigih gak nak saman
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 10:48 AM | Show all posts
da nk mampus pun pikir 10 juta lg ke?

ptut la ramai bnci ngn ko muhyiddin

ke ni wayang?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa umno selalu act mcm pembangkang eh? Aku pun kadang2 ingat depa pembangkang
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sah Abah Ko hijo
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 04:02 PM | Show all posts
kalu rasa betul ...ada tolo.....fight laa kat mahkamah......kalu bole sekali dgn bukti....kalu sah2 abah kau lepas balik indon dia gi jalan pegi pavillion kaa.....GPO ka....JPO kaa kasi up laa.....memang checkmate laa abah kau....kalu takat up cite sbb tak dpt jawatan penting dlm GLC lepas abah kau naik jadi PM memang silap besar la....abah kau PM deyyyy.....ko MT UMNO je.....tarak power....bossku....wak jahit pun x leh nak cover....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg betol kan statement si puad tu... lps kaki midin sentuh je kat tanah melayu ni, terus Menteri Kesihatan umum kuarantin 3 hari jer utk org yg pulang dr oversea
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 05:44 PM | Show all posts
Dah kalau betul statement dia tu, apa lagi? Lawan lah kat mahkamah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068212 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list