CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2042|Reply: 8

Semua Persembahan Virtual Dan Tanpa Penonton, Hazama Risau Masa Depan Industri M

[Copy link]
Post time 16-2-2021 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Konsep persembahan lebih tertumpu kepada secara virtual menyebabkan penyanyi Hazama risau dengan masa depan industri muzik pada masa akan datang.


Hampir setahun tidak mengadakan persembahan di hadapan peminat, Hazama bimbang nilai seni muzik akan hilang apabila kebanyakan program masa berlangsung tanpa pembabitan penonton.


Rindu dengan momen persembahan di hadapan khalayak, Hazama yang baru sahaja melancarkan single duet berjudul Beku bersama Elizabeth Tan akur, keselamatan dan nyawa artis, kru serta peminat menjadi keutamaan dalam situasi negara masih berperang dengan pandemik COVID-19.


Foto: IG




"Saya lebih suka corak persembahan di hadapan khalayak. Bagi saya, persembahan tanpa penonton dan secara virtual kurang menyeronokkan.


"Namun, daripada tiada langsung undangan persembahan, terima sahaja apa konsepnya. Pada masa sama, saya bimbang keadaan industri muzik akan menjadi lebih tenat, malah saya selalu memikirkan apa akan jadi pada masa akan datang?


"Bagaimana konsep persembahan pada masa akan datang, adakah lebih banyak persembahan percuma secara dalam talian akan diperkenalkan selepas ini?


"Jika keadaan ini berterusan, saya risau industri muzik tidak lagi dihargai. Saya berharap keadaan ini tidak berpanjangan. Selepas ini mungkin sesiapa sahaja boleh menjadi penyanyi kerana dilakukan secara virtual dan dalam talian, namun saya akur keselamatan lebih penting pada saat getir ini," katanya kepada BH Online.




  



Kongsi Hazama lagi, dia tidak menafikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu dan dilaksanakan sekali lagi tahun ini memberi kesan kepada pendapatannya.


Namun, katanya, dia bernasib baik kerana tidak bergantung kepada dunia muzik semata-mata, malahan menerima tawaran berlakon dan menjalankan perniagaan asam laksa bersama isteri yang juga pengarah muzik, Genevie Kam.




  



Bagaimanapun, katanya, ada di kalangan rakan-rakan yang terbabit sepenuh masa dalam bidang muzik terpaksa melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup.


Hazama berkata, penggiat muzik kena pandai hidup sendiri kerana mereka tidak mempunyai badan khusus seperti dunia filem yang gigih memperjuangkan nasib penggiatnya.


"Memang ada beberapa 'job' nyanyian tertangguh. Agak ralat apabila Konsert 4G membabitkan saya, Tomok, Akim Ahmad dan Black terpaksa ditunda lagi. PKP memberikan iktibar, saya lebih banyak terima tawaran lakonan.




  



"Bagaimanapun, PKP 2.0 dilaksanakan, saya tidak berani merancang apa-apa kerana takut tawaran dipersetujui terganggu jika saya menerima kerja lain. Keadaan kami sekarang ibarat bergantung tak bertali.


"Mujur saya dan isteri mempunyai sokong melalui perniagaan, setidak-tidaknya ada juga menjana pendapatan. Alhamdulillah, setakat ini, isteri juga tidak putus tawaran sebagai pengarah muzik, jadi ekonomi kami tidaklah teruk sangat," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2021 09:22 AM | Show all posts
kalau risau kena patuh sop...nanti cucuk vaksin..ni aku tengok golongan retis la yg selalu langgar sop selain menteri dan ahli politik...siap kenduri nikah, tunang, gathering bagai
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah bungkus je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Keruh air muka ma ni..tp aku suka lagu2 dn suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak rambut panjang boleh, tapi kemas kan diri anda.. ni busuk je sedari dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 05:44 PM | Show all posts
adui ma oi. hang ni tak cerdik ka apa.

tak pa la tak cerdik aku tetap suka hang ma. suara sedap, berlakon pun tak kayu.
bagi watak lucu memang menjadi.

tapi pada aku, konsert/event virtual lagi  ramai crowd boleh tgk.
sepanjang zaman covid ni, dah 5 konsert/gig aku join.

kalau sebelum covid, jgn harap la aku boleh attend banyak tu konsert/gig dalam setahun.

tiket pun murah sikit, pastu boleh tengok dengan family.
kalau on ground event mana boleh bawak budak2.
tu antara sebab kenapa ada konsert/gig aku tak boleh pegi
sebab venue tak sesuai utk budak2.

aku bagi 1 contoh, ada 1 konsert aku attend, depa guna Youtube utk siarkan 2 jam punya performance
tapi link tu available dalam sebulan je la.
dan percuma ye.
ada 100k ++ views

ada lagi 1 konsert aku attend. yg ni berbayar. guna youtube jugak
tapi unlisted. hanya yg bayar je dapat link
masa live tu ada 20k ++ viewers.
sorang bayar rm20, hang kira la berapa income depa dapat.
tu belum kira merch lagi

so, sebagai gig-goer aku pilih event virtual yachhhh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak g smyg jumaat ko risau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lagi risau budak2 yg kena sekolah secara vitual ni lagi..setakat konsert cheh...x penting..bukan kurus pun klu x p..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempit btol otak para artis2 ni...makin jelas bukti diorg lgsg xlayak diangkat jd ikutan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.340605 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list