CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4353|Reply: 24

Tak Sedar Mikrofon “Mute”, Pensyarah Habiskan Masa 2 Jam Bebel Seorang Diri Meng

[Copy link]
Post time 12-2-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang pensyarah menghabiskan waktu selama dua jam bercakap seorang diri semasa mengajar melalui aplikasi Zoom kerana tidak menyedari bahawa mikrofonnya telah dimatikan.

Profesor matematik di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dong Wang, dilihat sangat kesal setelah menyedari kesalahannya itu.

Menurut Tribunnews, dia hanya menyedari bercakap dengan dirinya sendiri ketika dia mengajukan soalan kepada pelajarnya menjelang kelas dalam talian itu berakhir.

Anehnya, mikrofon yang tidak diaktifkan semasa dia sedang mengajar tiba-tiba berfungsi semula.

Dia menyedari bahawa pelajarnya tidak mungkin akan mengemukan soalan kerana mereka tidak dapat mendengar suaranya semasa kuliah itu berlangsung.

“Hai prof, dari awal lagi suara prof sudah mute, kami tidak dapat mendengar apa-apa sejak 6.08 tadi,” kata seorang pelajar.

Reaksi profesor yang terkejut itu telah dirakam dan kini menjadi tular setelah dimuat naik ke Youtube.

Pelajar pula mengatakan bahawa kelas itu bermula dengan lancar pada awalnya namun tiba-tiba skrinnya kelihatan ‘tersekat’ seperti mengalami gangguan internet, selepas itu dia muncul semula dengan suara yang ‘dibisukan’.

Profesor itu tidak menyedari keadaan itu walaupun beberapa pelajar telah cuba memberitahunya.

Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan gangguan teknikal tersebut tetapi pelajar mengesyaki bahawa gangguan itu mungkin disebabkan gajet yang digunakan olehnya.

https://m.tribunnews.com/internasional/2021/02/11/viral-profesor-berbicara-sendiri-selama-2-jam-saat-mengajar-lewat-zoom-suaranya-tak-sengaja-di-mute

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah bahana bila kita mengajar sampai tersiok sendiri lost in our own world sampai lupa pelajar kita wujud depan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha... dari 6.08pm depa tak tulis dlm chatbox ka yg cikgu mute tak dgr apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Student dia siap call lagi... tapi dia ignore...
Lecturer NUS plak tu... tak pasal2 kena buat class sama semula...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooooo..aiyooooo..aiyoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 06:34 AM | Show all posts
mengajar ni two way comm.. ko  tak pernah tanya ke budak ko.. tak dak present apa2 ka??
sekurang2 nya  tanya, faham tak?? takde respon suruh laa bukak mic..

kalo one way... baik bubuh video je.. soal jawab semua tutup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2021 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 12-2-2021 12:50 AM
Hahaha... dari 6.08pm depa tak tulis dlm chatbox ka yg cikgu mute tak dgr apa?

Agaknya dok share screen pasal tu tak nampak chatting tu.
Dan i rasa volume lecturer tu mesti slow sebab tu dia tak dengar student tegur.
Tp dia takde 2 way communication ke? Kalau ada pastu masalah ni tak jadi. Mestilah pelik kalau student tak respond
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Last lecture tu dia ada tanya student faham tak & ada soalan tak... tu baru dia realize dia mute kan tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 12-2-2021 06:43 AM
Agaknya dok share screen pasal tu tak nampak chatting tu.
Dan i rasa volume lecturer tu mesti slo ...

Patutnya masa tgh ngajar, dia tanya sekali sekala student paham ke dak.. ni lepas 2 jam baru nak tanya... mendapat la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu anak iols..
Dia suka check kat chat..
Jadi dia tau sapa.yang tak dengar ke..main2 ke..chatting kat chat box ke..
Hahaha...

Kesian lecturer ni...bertabah lah..
Harap bila repeat lecture lagi..siap sedia dgn hp di sebelah k..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah call member iols... Sekali iols yg syok sendiri bercerita, dia tertido. Sebab member iols tu kalau iols bercerita memamg takde respon ohhh yeke ok...terus iols letak. Esok tu dia bagitau tertido & mintak iols cerita lagi. Dah la sebelum2 tu dia pernah bagi iols voicenote 2 jam. Iols ingat apa panjang sgt, skali voicenote dia dengkur. Iols tanya knp bg mcm tu, dia kata dia nak voicenote iols tanya khabar, sekali terlelap..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Gong xi fa chai
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 12-2-2021 10:07 AM
Iols pernah call member iols... Sekali iols yg syok sendiri bercerita, dia tertido. Sebab member iol ...

Hahahahahhaha ni klaka yang sakit hatiiiiiii klu dpt

Indirectly dia nk ckp cite ko sedehhhhh rex.. Jgn buat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 12-2-2021 10:07 AM
Iols pernah call member iols... Sekali iols yg syok sendiri bercerita, dia tertido. Sebab member iol ...

Bestnya boleh terlelap macam ni. Iols phone vibrate pon dah terjaga
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 12-2-2021 08:40 AM
Patutnya masa tgh ngajar, dia tanya sekali sekala student paham ke dak.. ni lepas 2 jam baru nak t ...

Dia tanya la kot...tp dah mute kan..mana bebdk nak tau...kikiki..kecuali dia tanya thru channel lain...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya, sebelum mula kuliah saya akan tanya student "Dengar suara saya tak?, Nampak slide tak?". Saya tunggu sampai diorang jawab "Dengarrrr", "Nampakkkk", baru saya mula mengajar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 12-2-2021 10:07 AM
Iols pernah call member iols... Sekali iols yg syok sendiri bercerita, dia tertido. Sebab member iol ...

Kecian hang kena nganjing dgn voicenote 2 jam bunyi dengkur...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 12-2-2021 03:11 PM
Dia tanya la kot...tp dah mute kan..mana bebdk nak tau...kikiki..kecuali dia tanya thru channel la ...

Dia kena tanya awal2. Kalau takde sapa menjawab, ada masalah audio. Pastu doublecheck kat chatbox, voley dgr saya tak? Nnt ada la stodeng menjawab tak dgr ke dgr ke.. masa tu voley troubleshoot. Ni tunggu 2 jam, kena la ulang balik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
2 jam tu takde sorang pun student dengan sel otak bersambung boleh tegur lecturer. Kena repeat plak 2 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak bersungguh2 dia mengajar

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.064888 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list