View: 13673|Reply: 92
|
"Patutnya Bagi Surat Rasmi Dulu Sebelum Buat Kenyataan Media" - Boy Im
[Copy link]
|
|
“Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran.”
Itu respons pelakon dan usahawan, Boy Iman atau nama lengkapnya, Norul Iman Abdul Rahman tentang pengumuman rasmi penarikan balik darjah kebesaran iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu yang kini heboh diperkatakan.
Kredit foto: IG Boy
Kata Boy Iman lagi, dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut sehinggalah dihubungi pihak media untuk mendapatkan maklum balas. Dakwanya, enarikan balik darjah kebesaran tersebut juga dilakukan tidak mengikut saluran yang betul sebelum disebarkan kepada orang ramai melalui media.
“Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana.
“Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini,” katanya kepada Kosmo! Online, semalam.
Dalam pada itu, Boy Iman memaklumkan, dia tidak akan teragak-agak untuk menulis surat sendiri kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab sebenar mengapa darjah kebesaran yang diberikan kepadanya ditarik balik.
“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.
“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” ujarnya.
Terdahulu, selain Boy Iman, pelakon yang juga penerbit popular Farid Kamil juga merupakan antara lima individu yang ditarik balik gelaran Datuk.
“Saya juga dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada saya.
“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan Istana Pahang.
“Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu,” katanya melalui satu hantaran dalam Instagram.
Kredit foto: IG Farid
Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam satu kenyataan berkata, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid Kamil dan Boy Iman iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkuat kuasa 1 Februari lalu.
Menurutnya, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sumber: K! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah kuat kuasa 1 Feb, ko tunggu jelah surat tu sampai bang. FK pun murni aje post IG dia menjunjung titah gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe boboi
Sekurang2nya org tau Datokship chuols legit yach |
|
|
|
|
|
|
|
Boooo oo..... Dah kena tarik pun still mcm in denial. 1 mesia tau dia punya cite, buat2 innocent pulak. Aduuhhh mmg muka tak malu si boibelon ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 11-2-2021 08:36 AM
Takpe boboi
Sekurang2nya org tau Datokship chuols legit yach
Boboi tu Mukriz M, ini boy belon sebab dia dapat degree ke hapa tah, ada banyak belon atas makeshift pentas. Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bukan degree, doktor palsapah yg belon atas pentas tu
|
|
|
|
|
|
|
|
maksud dia... kalau bagi surat.. bole dia pegi bergambar depan pagar lagi utk pelucutan gelaran pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
lambat nye ambil masa utk lucut
kes scam dah berlumut dah depa2 pun dah kenyang |
|
|
|
|
|
|
|
so kira burn la pelaburan utk mendapatkan title tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bulalof: so kira burn la pelaburan utk mendapatkan title tu?
Adat pelaburan boss.ada untung rugi,kecuali ASB.ha ha |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya yang mana tak layak, kena tarik balik la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Masih xfaham kenapa sibelon kembong hanya ada gambar luar pagar istana saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis: Adat pelaburan boss.ada untung rugi,kecuali ASB.ha ha
Asb pun rugi gak. Ada yg buat loan asb kena bayar kat bank berbulan2. Tahun demi tahun, faedah asb semakin ciput. Satu kerugian kepada pelabur yg guna skim asb loan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Mina2215 at 11-2-2021 09:30 AM
Takpe la boy,ada jugak positif nya di sebalik berita ni sebab sekurang2nya satu Malaysia dah tau la gelaran Dato Boy Iman selama ni legit.
Dulu kan dipertikaikan sebab begambar kat pagar istana.sebab ni la iols dulu pun ingat gelaran fake. Sori ye |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap boibelon masih ada anugerah darjah dari kerajaan naning. Pakai lagi lah title datuk tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Acah innocent la kau ni belon |
|
|
|
|
|
|
|
apa cite kes projek perumahan heols dulu tu yach?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka hantar guna J&T kot
Mungkin surat dia tertimbus di dalam timbunan barang orang order kat sopieee
|
|
|
|
|
|
|
| |
|