View: 1697|Reply: 4
|
Sekampung Menangis 'Tak Rela' Guru Pindah
[Copy link]
|
|
Pertukaran seorang guru ke sekolah lain ditangisi penduduk kampung di Dharapur.
Bhishma Narayan yang sudah 12 tahun bertugas di sekolah kampung berkenaan begitu disenangi murid dan penduduk kampung.
Kredit foto: Agensi
Menerusi laporan portal India.com, peribadi yang baik menyebabkan Narayan sering menjadi rujukan murid serta penduduk.
Dia juga dilayan seperti keluarga menyebabkan perpindahannya itu tidak 'direlakan'.
Sebagai penghormatan, murid dan penduduk kampung berkumpul pada hari terakhir perkhidmatannya di kampung berkenaan.
Menerusi rakaman video dan gambar yang tular, murid dan penduduk kampung tidak dapat menahan kesedihan ketika majlis perpisahan berlangsung.
Malah ada diantara mereka yang tidak melepaskan peluang memeluk erat Narayan.
Narayan sebelum ini sudah beberapa kali menerima arahan perpindahan namun penduduk kampung sanggup pergi ke pejabat pendidikan untuk menangguhkan arahan itu.
Penduduk juga mendesak supaya Narayan terus dikekalkan dan menabur bakti di kampung berkenaan.
Namun, usaha mereka kali ini untuk menangguhkan perpindahan itu tidak berjaya dan terpaksa akur dengan pemergian Narayan.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wow hebatnya berita ni! Tak sia2 TT diambil bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
Guru ni mesti paling disayangi |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dalam pilem To Sir with love |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu camni dah pupus kat msia |
|
|
|
|
|
|
| |
|