View: 2723|Reply: 15
|
Nabila Huda Jadi Pelakon Sebab Nak Bayar Bil Telefon, Job Pertama 'Kena Kencing
[Copy link]
|
|
Pelakon Nabila Huda mengimbau kenangan kali pertama dia menceburi bidang lakonan ketika membintangi filem Blok 404 yang ditayangkan pada sekitar tahun 2004.
Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil berkata, ketika itu dia hanya menerima bayaran sebanyak RM600 termasuklah perlu mengikuti sesi jelajah satu Malaysia bagi mempromosikan filem tersebut.
Biarpun lakonannya dikritik teruk namun aktres berusia 36 tahun ini bersyukur dapat bergandingan dengan pelakon Zamarul Hisham buat pertama kali dan menimba ilmu dengan pengarah filem tersebut iaitu Silver Chong.
Foto: IG
"Bayaran RM600 termasuk dengan jelajah satu Malaysia macam promosi filem. Murah bukan? Kena kencing mungkin. BBNU kan. Pengarah pertama yang mengarah Abil adalah Uncle Silver Chong.
"Mulut dia jangan cakap la, maki dan menjerit sampai nak keluar anak tekak saja setiap masa! Tapi hati dia baik dan dia banyak ajar Abil. Sampai bila-bila pun Abil takkan lupa dia.
"Abil harap dia dalam keadaan baik sekarang. Rindu dia. Masa inilah Abil dan my abang Zamarul dapat digandingkan untuk pertama kali dan tak silap saya, ia kali pertama juga buat dia.
"Masa hari pertama penggambaran dah kena maki ini pelakon apa ini berlakon kayu, mana jumpa ini, dan makian bertubi-tubi sampai kita menangis la," kata Nabila.
Pemilik nama Nabila Huda Suhaimi ini berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik video dia bersama anak perempuannya iaitu Keisha Laila sedang menonton filem itu di Instagram miliknya.
Malah, Nabila turut mendedahkan babak yang memperlihatkan aksi dia terjun dari tingkat dua itu juga dilakukan sendiri kerana produksi tidak mempunyai bajet untuk membayar pelakon lagak aksi atau stuntman.
Dalam pada itu, Nabila turut mendedahkan dia tidak pernah menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon namun terpaksa mencari kerja disebabkan ingin membayar bil telefon rumah arwah neneknya.
Bagaimanapun selepas membintangi filem yang pernah menjadi fenomena itu, anak kepada penyanyi Amy Search ini mula meminati dan belajar mengenai dunia lakonan.
"Berlakon dalam VCD ni bukan kehendak Abil atau impian untuk menjadi seorang pelakon tapi kebetulan pergi casting nak dapatkan job nak bayar bil telepon rumah arwah nenek Abil.
"Sebab aku dah buat salah bergayut sampai bil melambung kena maki dengan my mom. Abil tak kenalkan diri atau beritahu sesiapa pun Abil anak Amy Search masa pergi casting.
"Ingat cerita ini takkan famous tapi end up kecoh satu Malaysia sebab meletup gila cerita ini masa itu. After Blok 404 baru Abil berminat nak berlakon dan mula belajar dari bawah.
"Cuba faham shooting, lakonan, camera angle, skrip, emosi, konti, call time dan sebagainya. Macam tak percaya eh boleh kongsi momen ni dengan @lilkupukupu tengok mummy dia masa muda," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku suka lakonan abil...btw bukan senang nk senang..belajar dr pengalaman sbb tu la lakonan dia menjadi tak mcm pelakon zaman sekarang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
iols ada vcd pirate blok 404 ni... borong pasar malam jah |
|
|
|
|
|
|
|
Iols layan gak dulu citer2 dr vcd ni.tp kalo tnya skarang memang x ingat dah.yg ingat blok 404 ni dgn citer yg ada rashdan baba dgn suhaila sulaiman tu.main game kat rumah kosong tu.tajuk pn tak ingat
Yg new boyz belakon dulu tu pun aku tgk..pulau apa tah tajuk dia |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak je tgok respon dia dgn anak dia haha |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon abil tengok pulak lakonan sheols makan roti canai dalam film lagi2 senario mesti ada pengalaman best walau scene nya berapa saat je huhu |
|
|
|
|
|
|
|
cantik plak tgk anaknye skrg... |
|
|
|
|
|
|
|
bkn job prtama ko lagi lagi senario ke?
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? |
|
|
|
|
|
|
|
aritu mcm dh cerita je pasal ni.. takkan duk ulang2 smpai abg jamil mamppp... |
|
|
|
|
|
|
|
Abil badan makin bulat skrg tapi muka tetap gojes.. tgk lakonan dia dlm kl gangster underworld tu siap ada fight scene.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman VCD brli kat p.mlm
Merata org jual vcd pirate
Boy iman antara pelakon glamer vcd masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Okla tu...kat luar sana pun starting keje sume gaji kecik apa....lama2 naik la ikut pengalaman whatsoever.... |
|
|
|
|
|
|
|
Temenung replied at 10-2-2021 11:15 AM
Iols layan gak dulu citer2 dr vcd ni.tp kalo tnya skarang memang x ingat dah.yg ingat blok 404 ni dg ...
Pulau inspirasi.... hahaha.. lawa fiza elite ms tu |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 10-2-2021 08:03 PM
Pulau inspirasi.... hahaha.. lawa fiza elite ms tu
Yesss pulau inspirasi
Tgk bukan sbb minat tomok sgt pun.nak tgk zack je.sbb heols ensem time tu
Lepas2 new boyz kuar vcd kumpulan boboy spider pun keluar jugak citer vcd masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Anak abil ni, muka cepatnyalah Matang. Padahal belom sekolah menengah lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Kulit abil ni cantik kan.. Xperlu beriya drip semua bgai nak putih..
Dlm VCD tu dia berlakon couple dgn boy kan Hehehe... |
|
|
|
|
|
|
| |
|