CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12478|Reply: 135

Bapa Islam, Ibu Buddha -Mahkamah Persekutuan Putuskan Rosliza Ibrahim Bukan Musl

[Copy link]
Post time 5-2-2021 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan wanita berbapakan Muslim dan beribukan bukan Muslim diisytiharkan sebagai bukan Muslim.


Panel sembilan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan Rosliza Ibrahim tidak pernah menganut Islam.


Dalam membenarkan rayuan Rosliza, Tengku Maimun berkata, tiada bukti wanita itu yang dibesarkan ibunya yang beragama Buddha sejak kecil pernah menganut Islam.


Rosliza memfailkan saman pemula pada 2015 bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau dilahirkan sebelum bapanya yang beragama Islam dan mendiang ibunya, yang beragama Buddha, berkahwin.


Gambar Hiasan




Dia mendakwa bahawa beliau bukan seorang penganut agama Islam danMahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.


Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu dan rayuannya juga ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.


Pada 20 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu berhubung dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 02:06 PM | Show all posts
Sebelum ni org macamni hidup aman damai as liberal
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dikira sebagai bangsa apa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cikdot at 5-2-2021 02:26 PM

Katanya Parents dia tak kawin pun, or at least tak boleh proof both of them dah kawin masa dia lahir. Bapaknya just sperm donator je. Mak dia pun tak pernah convert to muslim..tapi yg confuse sikit nape maknya bagi nama ala melayu muslim gitu. Tu je lah yg jadi isu even ramai je yg non muslim pakai nama common to melayu

Just because sperm donator dia ada islam dalam ic kot? Maybe they lived together for a while lepas rosliza ni lahir kot pehtu clash tinggal gitu je bye
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 02:24 PM | Show all posts
Keputusan kes Rosliza Ibrahim pada hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara membezakan antara  frasa ' bukan lagi beragama Islam' dan 'tidak pernah beragama Islam'.  Bagi kes bukan lagi beragama Islam mahkamah berbidangkuasa adalah mahkamah syariah manakala bagi tidak pernah beragama Islam ( ab initio never a Muslim) mahkamah berbidangkuasa ialah mahkamah sivil. Hal ini diputuskan oleh Ketua Hakim  YAA Tun Tengku Maimun dan dipersetujui oleh Hakim yang lain. Rosliza diputuskan tidak pernah beragama Islam. Walau bagaimanapun YAA Tan Sr Azahar memutuskan selanjutnya bahawa isu mengenai nasab Mahkamah Sivil perlu mendapatkan keterangan pakar dari Jawatankuasa Fatwa berkenaan  atau pakar perundangan Islam untuk membantu mahkamah sivil. YA Dato Hasnah bersetuju dengan YAA Tan Sri Azhar membenarkan permohonan Rosliza di perenggan 1 sahaja tetapi tidak di perenggan 2 dan 3.
Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Rosliza bahawa beliau tidak pernah beragama Islam. Kes ini diputuskan berbeza dari penghakiman kes Lina Joy.

https://www.facebook.com/ZainulRijal

ketua Hakim ni nama ni  familiar  kan ,dalm kes satu tu i  tak pasti tang unilateral conversion ke tang ks bin Abdullah...

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 02:51 PM | Show all posts
aduhh..mana lebai2 pas ni..takkan diam je tak berpiket.. ni hak ore isley.. cuba time PH memerintah..konfem meratib salah DAPIG sampai tahun depan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2021 02:55 PM | Show all posts
bila nak guling2 kat pdg merbok sambil mkn sandwich nih.iselam dah tercabar
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cina ke atau melayu buddha selatan thai?
Btw kalau bukan islam better la tak di tukarkan dia ke islam sebab agama ni biar lah mereka mencari sendiri satu hari nanti. Nasihat je sebagainya cukup.

Sebab kalau paksa pun dia takkan praktikkan islam.
Sama macam orang islam di paksa bertudung, hanya atas kepala je berbalut tapi dalamnya kosong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 02:59 PM | Show all posts
dapat status bumiputera tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 03:25 PM | Show all posts
c===8 replied at 5-2-2021 02:59 PM
dapat status bumiputera tak?



.... status bumi tak semesti beragama Islam ... kan ?

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 03:44 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 5-2-2021 03:25 PM
.... status bumi tak semesti beragama Islam ... kan ?

ye kak
.............
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak risau juga ka bapa Islam mak Buddha? Tuan punya badan pun dah tua bangka tanya dia sendiri sudah lah. Ko Islam ka tak, yes or no?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 03:51 PM | Show all posts
cikdot replied at 5-2-2021 02:23 PM
Katanya Parents dia tak kawin pun, or at least tak boleh proof both of them dah kawin masa dia lahir ...

maybe nak kelebihan bumiputera
harap strip off sekali
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-2-2021 02:15 PM
Dikira sebagai bangsa apa?

Bangsa Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cikdot replied at 5-2-2021 02:23 PM
Katanya Parents dia tak kawin pun, or at least tak boleh proof both of them dah kawin masa dia lahir ...

Muslim pun pun pandai derma sperma ...canggih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-2-2021 03:51 PM
maybe nak kelebihan bumiputera
harap strip off sekali

Apa kelebihan jadi Bumiputera?

Boleh jadi Kaya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 04:33 PM | Show all posts
notM replied at 5-2-2021 04:00 PM
Apa kelebihan jadi Bumiputera?

Boleh jadi Kaya?

Chuol..geng muslim paki sanggop rasuah nak letak bangsa anak melayo kat mykid k

Straight boleh masuk uitm amik keistimewaan dan tempat anak melayu. Pastu kerja uitm terus
Jgn lupa keistimewaan bab2 beli rumah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 04:35 PM | Show all posts
Kalau aku hakim pun aku  akan putuskan dia sebagai kafeer laknatullah

senang

dia sendiri xmahu jaid muslim.


mudah.

neraka kirim salam

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 04:37 PM | Show all posts
hurm, kesian. elok la di lahirkan sebagai muslim. itu kan satu rahmat tu, besok masa ari kiamat, tu semua dapat tolong kita
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah nye lahaiii.
Taknak Islam, tapi nak bangsa Melayu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.067170 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list