Gamarjobat (Bahasa Jepun: が 〜 ま る ち ょ ば) adalah kumpulan komedi yang terdiri daripada 2 pelawak dari Jepun dan telah memenangi beberapa anugerah di festival festival pelawak antarabangsa. Kumpulan yang terdiri daripada Ketch (Mohawk merah) dan HIRO-PON (Mohawk kuning) telah dibentuk sejak 2009.
Gamarjobat melakukan aksi sketsa lucu dan termasuk peniruan dan aksi sihir yang cukup menggetarkan perut penonton. Persembahan Ketch dan HIRO-PON cukup terkenal dan sering muncul di beberapa festival komedi antarabangsa dan stesen TV asing.