CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10554|Reply: 77

Penerbit puji Lana Nodin jaga solat

[Copy link]
Post time 4-2-2021 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Penerbit puji Lana Nodin jaga solat



Pelakon wanita, Lana Nodin bukanlah nama asing lagi dalam industri seni Tanah Air. Kerap memegang watak antagonis, karakter sebenar aktres berusia 40 tahun ini jauh berbeza dengan watak yang dimainkan.
Lana yang sudah berkahwin pada 2015 terlihat bahagia dengan suami tercinta iaitu jejaka kelahiran Amerika, David McKienzie dan sudah dikurniakan dua orang anak, Gia Quinn dan Daud William McKienzie.
Dipuji jaga ibadah
Walaupun bersuamikan mualaf, pelakon kelahiran Sarawak ini tetap berpegang teguh kepada adat budaya tempatan dan menunjukkan contoh yang baik dalam beribadah.
Menerusi perkongsian penerbit filem terkenal iaitu Datuk Ayu Puteh, beliau telah memuji Lana yang tetap menjaga ibadahnya walaupun bersuamikan ‘Mat Salleh’.
  
“Ada laki Melayu pun tak tau didik isteri”
Dalam video yang dimuat naik, kelihatan Lana sedang khuyuk menunaikan solat selepas meminta izin mengambil wudhuk kepada penerbit filem tersebut.
Datuk Ayu Puteh juga mencoret sedikit kekesalannya melihat sesetengah individu yang mempunyai suami Melayu namun tidak mendidik isteri dengan sebaiknya.
“Masyallah..yang ada laki melayu pun tak tau nak didik Isteri ..isteri pandai2 lah bawak diri ni hah Isteri look mat salleh sebab laki dia mat salleh Amerika..Tapi, Subbhanallah. Bukan saya Gayat atau nak judge.. erm Fakta kan?” Tulisnya





Dulu dia selalu kena kecam sebab pakaian
Perkongsian yang dibuat itu nyata mendapat sokongan daripada warganet yang rata-rata memuji pelakon tersebut yang tetap berpegang teguh dengan agama walaupun bersuamikan lelaki barat.
Mereka juga turut menyatakan bahawa usaha Lana dalam membantu suaminya memahami Islam sangat dipuji kerana masing-masing bertolak ansur mempelajari ilmu berkaitan agama.


Suami dia pun bagus jugak


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2021 09:27 AM | Show all posts


teringat kes ni dulu... adeh rupa2 nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 09:28 AM | Show all posts
Jangan nilai dari luaran



  



Semoga mereka sekeluarga dilindungi Allah



Sebelum ini, Lana Nodin pernah memuat naik video suaminya, David McKienzie belajar ilmu agama bersama anak perempuannya dengan seorang ustazah di rumah.

Perkongsian tersebut nyata mendapat respon yang baik daripada warganet kerana suami pelakon itu tidak malu untuk terus belajar berkenaan Islam walaupun sudah dewasa.


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohh baru tahu Lana ni dari Sarawak.. suka tgk dia n family.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:41 AM | Show all posts
Suka tgk lana kalau bab masak ni.. pndai ajar laki dia makan makanan melayu.. walau pn laki dia org sport tapi bedal je segala mak nenek makanan..

Bgusla dia jaga solat.. manusia ni kita tak tahu apa pengakhiran dia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 02:28 PM | Show all posts
suka tengok husband dia. eh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2021 02:44 PM | Show all posts
dajjei

benda xbetul kenalah tegur

solat kalau betul memang boleh mencegah perkara mungkar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 04:04 PM | Show all posts

“Yang Ada Laki Melayu Pun Tak Tahu Didik Isteri” – Lana Nodin Dipuji Jaga Solat

Foto: IG




"Datuk, Minta maaf ya. Lana nak wuduk Boleh?”


Itulah yang ditanya oleh pelakon Lana Nodin kepada penerbit Datuk Ayu Puteh dan melalui Instagram, videonya ketika solat telah dimuat naik.




  



Melalui posting itu, Ayu memuji Lana yang menjaga solatnya meskipun berkahwin dengan lelaki mualaf. Katanya, apa yang sering kita lihat adalah sebaliknya, di mana lelaki Melayu tidak benar-benar mendidik isteri dalam hal sedemikian.


Ayu juga sempat memberi sindiran dan teguran ‘pedas’ kepada lelaki-lelaki lain di luar sana berkenaan isu memberi didikan yang sempurna kepada isteri masing-masing. Katanya,


Masyallah..yang ada laki melayu pun tak tau nak didik Isteri ..isteri pandai2 lah bawak diri 😬 ni hah Isteri look mat salleh sebab laki dia mat salleh Amerika.. Tapi, subhanAllah.”




  



  



Melalui ruangan komen juga ramai netizen gembira dan ‘sejuk mata’ melihat Lana menunaikan solat ketika sibuk shooting dan bekerja. Malah, ada yang mengimbau kembali komen daripada penerbit lain sebelum ini yang mendedahkan Lana adalah antara artis yang benar-benar menjaga solatnya sejak dulu lagi.




  



Selain itu, ada yang turut memuji sikap merendah diri Lana dan suaminya. Seorang netizen berkata,


Saya pernah terbca dulu-dulu sorang penerbit lelaki pernah puji @lananodinmckienzie antara artis yang tak tinggal solat.. tapi saya lupa sape penerbit tu..sebab tu saya memang respect dia..alhamdulillah terbaik la." -CARI


Sumber: Lobak Merah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooooo gitu. Ramai benar xsolat sampai kalau solat jd news dn dipujapuji. Good lah nanti ramai solat. Haritu musim retis hafal kahfi then musim retis ngaji. Good good.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 04:15 PM | Show all posts
dah ada....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak rekod dari belakang jugak? Dari sudut atas? Rekod setiap sudut baru real. {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 04:31 PM | Show all posts
piao replied at 4-2-2021 09:27 AM
teringat kes ni dulu... adeh rupa2 nya...

ini kes apa?

sama betul muka Ayu Putih (ke?) dengan anaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 04:38 PM | Show all posts
msel replied at 4-2-2021 04:17 PM
Kenapa tak rekod dari belakang jugak? Dari sudut atas? Rekod setiap sudut baru real. {:smile

360 ahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh jadi sekarang ni hnya mira piljah ngan lana je ke yg solat kat set???
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kena buat embroidery kening la
{:run
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 4-2-2021 04:06 PM
Oooooo gitu. Ramai benar xsolat sampai kalau solat jd news dn dipujapuji. Good lah nanti ramai solat ...

Solat tu benda biasa
Tidak sepatutnya di puji
Sama cam pakai tudung
Pelik2 ja org malaysia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tu solat kau sibuk ambik video dia depan tepi kiri kanan. Orang tu solat kau bukak lagu kuat2.
Suami kau pun xtau didik bini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
songhara1226 replied at 4-2-2021 04:00 PM
Owh jadi sekarang ni hnya mira piljah ngan lana je ke yg solat kat set???

Jgn lupa qiemkepampropa kang depresi pulak dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 4-2-2021 07:14 PM
Jgn lupa qiemkepampropa kang depresi pulak dia

Haah, mcm mana iolls boleh lupa ikon solat bagi retiss sebelum muncullnya mira piljah dan lana

Lepas ni I rasa mesti Diva AA tersohor pulak yg akan diviralkan sebab solat
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.080069 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list