"Dia buat hal lagi, tapi kali ni isterinya. Dua-dua sama attention seeker."
Pasangan usahawan yang sering mendapat tumpuan dengan topik panas, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina kembali lagi mengegarkan media sosial. Kali ini video pendek yang memaparkan Aina bermonolog dengan tema Wanita 2021.
Apa yang menjengkelkan netizen adalah ayat-ayat yang diutarakan Aina itu seolah-olah menggambarkan semua wanita mempunyai pemikiran sama dengannya. Menggunakan perkataan "kami" dalam keseluruhan video itu adalah salah kerana tidak semua wanita sama.
Lebih hangat diperkatakan adalah konsep jalan setempat, dah habis idea ke?
Adakah "Kami Wanita" selemah itu hingga bergantung harap kepada lelaki?
Foto : Twitter
Di Twitter, pasangan ini dianggap sebagai suka mencari perhatian dengan isu-isu panas. Berbeza dengan di Instagram pula, yang mana hantaran tersebut mendapat lebih setengah juta tanda suka dengan komen-komen memuji video itu.
Foto : Twitter
Foto : IG
Foto :
Memperkatakan idea berjalan setempat, ianya dianggap sebagai video yang jauh panggang dari api tahap kreatifnya. Kan lagi bagus jika ia dibuat dengan lebih kemas?
Menariknya, muzik video Aina itu dijadikan parodi di Twitter, namun di platform TikTok dan IG, mereka adalah idola.
Jadi, apa pendapat anda mengenai video Wanita 2021 ini? - CARI
|