CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9217|Reply: 72

Pertama Kali Bergandingan, Janna Nick Kekok Berlakon Dengan Kekasih Sendiri

  [Copy link]
Post time 4-2-2021 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Kisah cinta pasangan kekasih, Janna Nick dan Dini Schatzmann bukan lagi rahsia.


Tinggal lagi peminat masih menunggu bila hari bahagia mereka bakal berlangsung.


Keintiman dan kebahagiaan mereka bukan saja di dunia realiti, tapi kini peminat boleh menyaksikan gandingan pertama mereka dalam drama Marry Me Senorita yang mula ditayangkan di saluran Astro Ria, 2 Februari lalu.


Walaupun masih baru, Dini yang juga kacukan Melayu-Switzerland diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam slot itu yang turut menyaksikan Dini menyahut cabaran melakonkan watak berat dan penuh emosi berbanding watak lain yang pernah dibawakan sebelum ini.




Kredit foto: IG





Dini yang melakonkan watak Isa Alejandro berkata, satu cabaran buat dirinya mencipta keserasian bersama kekasihnya, Janna.


"Saya bertuah kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang cukup hebat antaranya Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Fadilah Mansor, Yasmin Hani. Janna Nick dan ramai lagi.


"Jalan cerita drama ini cukup menarik kerana ia mempunyai banyak konflik dalaman yang ditonjolkan. Pengalaman menjayakan drama ini cukup bermakna dan saya akui cabaran yang diberi amat sukar terutamanya untuk membina keserasian di antara saya dan Janna menerusi lakonan.


"Ini kerana watak Isa dan Sofiy tidak sama dengan watak saya dan Janna dalam dunia nyata. Jadi, apabila Isa kena 'berlagak' dengan Sofiy, keserasian itu memang susah pada mulanya," katanya.


Sementara itu, Janna yang melakonkan watak Sofiy Leia turut mengakui perbezaan watak dirinya dengan Dini di luar set mewujudkan perasaan kekok ketika berlakon bersama.


"eminat drama Melayu perlu menonton drama ini kerana ia antara drama yang amat susah untuk saya lakonkan kerana hero utama adalah pasangan saya sendiri di luar set. Watak dan personaliti dalam drama ini sangat berbeza dan memang berlawanan dengan watak sebenar kami lalu mewujudkan perasaan kekok di antara kami.


"Tidak dinafikan kami memang mempunyai keserasian di luar set lakonan tetapi bila harus dibawa ke dalam drama, ia sangat sukar untuk diterjemahkan. Dalam masa sama, saya juga perlu sentiasa peka dengan dialog yang dilontarkan Dini.


"Sebab kita sedia maklum bahawa bahasa Melayu Dini masih lagi dalam proses pembelajaran. Di samping perlu berjaga-jaga dengan dialognya, saya juga kena menjaga watak saya. Ini cabaran besar untuk saya dan diakui drama ini bukan drama yang mudah untuk saya lakonkan," katanya.




  



Drama bersiri itu adalah naskhah adaptasi novel dengan menggunakan judul sama hasil nukilan Suri Ryana yang mengangkat genre romantik terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd.


Drama 28 episod arahan Nur Ain Sharif ini turut menampilkan pengarah, Michael Ang selaku penerbit serta barisan penulis skrip yang terdiri daripada Rehal Nurharis dan Dayang Kartinah.


Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata, antara faktor penerbitan drama itu adalah kejayaan novel berkenaan yang laris dan mendapat sambutan ramai.


  



"emilihan novel ini untuk diangkat ke dalam bentuk drama adalah berasaskan jalan ceritanya yang tersendiri dan kejayaan novel itu yang mendapat sambutan hangat dan laris terjual sewaktu ia diterbitkan.


"Kami percaya ia mampu menarik perhatian penonton terutamanya daripada kalangan pembaca novel yang pastinya ingin menyaksikan visual karya itu apabila diterjemahkan dalam bentuk drama bersiri.


"Kredibiliti Janna selaku pelakon tidak perlu disangkal lagi. Manakala Dini juga mempunyai bakat dan potensi besar untuk menempa nama dalam bidang lakonan. Keserasian pasangan ini yang kini sedang dalam fasa bahagia sebagai kekasih di alam nyata seperti yang dapat kita saksikan secara terbuka terutamanya di platform media sosial juga antara faktor utama pemilihan mereka selaku teraju utama. Malah, drama ini turut dijayakan oleh barisan pelakon hebat tanah air," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 09:12 AM | Show all posts
yyyaaawwwnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:13 AM | Show all posts
bosan.. yawnnn..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun kira gossip eh??????
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:19 AM | Show all posts
whatever.. yawnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:34 AM | Show all posts
...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2021 09:40 AM | Show all posts
HAHAHAHAHA. No wonder la tiberrrrr gigih berlakon menangis minta maaf dengan netizen.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
eh kat ig semua kemahen tayang berpeluk beramas mesra mengalahkan laki bini tak kekok pulak kau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok acik x tengok.. Tens yach bgtau..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Overrrr sgt!! Pertama kali jadahnya?? Ada dah kan 2 ekor bergandingan dkt tv2??? Drama ada kartun robot tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:54 AM | Show all posts
Bijik la. Malu konon.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh bukan dah kawen ke? Mcm nampak resepsi dia kat astro mana satu tah. Ke iolss salah org erkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak berapa berkenan janna berlakon. Kalau berlakon jadi lemah lembut, alahaii, sebutir2 perkataan nak keluar lambat, lembik lembab,macam cerita dengan fahrin tu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:31 AM | Show all posts
sorry mek jana aku tak tgk pun drama ko. berganda lagi best drama nad TYT tv3 tu. no wonder la mtk maaf semua tu sbb takut netz boikot drama ko kan?? kalah teruk drama ko dgn TYT lol!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:33 AM | Show all posts
dgr nya ko pilihan utama drama tv3 yg tgh trending tu tapi ko pilih shoot dgn pakwe ko, last last drama tv3 tu trending viral semua org suka..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 4-2-2021 11:33 AM
dgr nya ko pilihan utama drama tv3 yg tgh trending tu tapi ko pilih shoot dgn pakwe ko, last last dr ...

Tapi kalau janna amik watak juweta, takkan menjadi macam mana nad bawak watak tu, mesti bingit terpekik terlolong macam gangster. Nad terpekik terlolong takpe, nampak tersakiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 11:44 AM | Show all posts
msel replied at 4-2-2021 11:40 AM
Tapi kalau janna amik watak juweta, takkan menjadi macam mana nad bawak watak tu, mesti bingit ter ...

tau takpa..bingit

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok.. Xminat pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak tengok citer janna Nick...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 12:50 PM | Show all posts
tengok pada cara janna yang tergedik lebih kat dini ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.088554 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list