Edited by piao at 3-2-2021 10:14 PM
[SEDIH] Ibu minta gadaikan emas nak beli telefon
Setiap anak pastinya berimpian untuk membahagiakan ibu dan bapa. Walau bagaimanapun, bukan semua berkemampuan untuk memberi kemewahan buat orang tua kerana pebagai kekangan. Namun, usaha kecil yang ditunjukkan dalam mengembirakan hati mereka pasti amat dihargai kerana mengenangkan pemberian dari anak-anak.
Kejutan buat ibuMenerusi perkongsian seorang pengunaa Tiktok dikenali sebagai bebozainuddin, dia telah menghadiahkan telefon bimbit baharu buat ibunnya. Dalam video tersebut, jelas reaksi ibu pengguna Tiktok itu sangat gembira sehingga menitiskan air mata kerana tidak menjangkakan akan menerima hadiah daripada anak tersayang.
Minta tolong gadaikan emas sebab nak beli baruMenerusi video lain, bebozainuddin memaklumkan bahawa ibunya ada memberitahu telefon bimbitnya rosak dan ingin membeli yang baharu. Namun, memintanya menggadai emas kerana tidak mempunyai wang.
Doakan dapat gembirakan ibu lagiJadi, dengan hasil berniaga secara online, gadis tersebut berjaya membelikan telefon bimbit baru buat ibunya dan situasi tersebut dirakam dan dimuat naik ke media sosial. Susulan daripada itu, bebozainuddin berharap agar warganet dapat mendoakannya murah rezeki supaya mampu terus mengubah nasib keluarga dan membahagiakan ibunya.
Hargailah ibu ayahOleh itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Tiktok dengan memuji usaha gadis terbabit dalam memberi kegembiraan kepada ibunya. Mereka juga berasa terharu menonton video tersebut dan terus teringat akan ibu masing-masing.
|