View: 7762|Reply: 16
|
Ada apa dengan hantu tetek dan masyarakat chetti di melaka?
[Copy link]
|
|
Ada apa dengan hantu tetek dan masyarakat chetti di melaka?
Malaysia merupakan negara yang popular dengan makanan tepi jalan yang padu, tempat percutian yang menarik, dan semestinya, kepelbagaian kaum. Dalam kepelbagaian kaum kita, terdapat satu keunikan warisan kita iaitu budaya Peranakan yang telah mendapat populariti antarabangsa berikutan dengan peragaan ratu cantik dan siri Netflix “The Little Nyonya”.
Majoriti budaya Peranakan yang ditularkan di media adalah dari komuniti Baba Nyonya tetapi sebeanarnya bukan semua masyarakat Peranakan berasal dari komuniti Baba Nyonya. Kalau korang nak tahu, istilah “Peranakan” digunakan untuk keturunan masyarakat Melayu yang mengahwini dengan pedagang luar dari kepulauan Melayu. Sebenarnya terdapat kaum Peranakan yang bukan dari kaum Baba Nyonya dan mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Oleh itu, ini merupakan lima perkara menarik tentang mereka yang korang perlu tahu.
1. Selain dari Baba Nyonya, kita juga mempunyai Jawi Peranakan dan Chetti Melaka
Imej dari Hugo Carlton
Kalau korang nak tahu, apabila Pulau Pinang telah dibuka oleh Kapten Light pada tahun 1786, ramai pedagang dari Melayu, Cina, India, Arab dan Eropah berhijrah ke sini. Kehadiran pedagang India dan Arab inilah telah berlakunya pembentukan kaum Jawi Peranakan melalui perkahwinan campur antara pedagang Arab dan wanita Melayu tempatan dan ia telah menyumbangkan kebaikan pada sektor ekonomi di Pulau Pinang.
Walaupun kaum Jawi Peranakan ini telah berkembang di Pulau Pinang tetapi mereka sangat berbeza dengan kaum India Muslim. Menurut Datuk Dr Wazir Jahan Karim, ahli antropologi Jawi Peranakan, masyarakat Jawi Peranakan akan menggunakan Bahasa Melayu dan Inggeris manakala masyarakat India Muslim akan menggunakan Bahasa Tamil dalam perbualan seharian mereka.
Selain itu, kita juga mempunyai kaum Chetti Melaka (Hindu Peranakan) dan mereka juga sama seperti Jawi Peranakan iaitu perkahwinan campur tetapi antara pedagang India Selatan dan wanita Melayu tempatan. Dari segi agama, Jawi Peranakan menganut agama Islam manakala Chetti Melaka menganut agama Hindu.
“Bahasa yang digunakan oleh Chetti Melaka merupakan satu bahasa Kreol dan ia dikenali sebagai “Melayu Chetti Kreol” dan “Melayu Melaka Kreol”- John Grimes (1996), Penulis, dipetik dari Bahasa Kreol Chetti Melayu Melaka
Walau bagaimanapun, majoriti masyarakat Chetti Melaka tidak menggunakan Bahasa Tamil di rumah tetapi, mempunyai bahasa tersendiri yang unik iaitu “Chetti Kreol” yang merupakan bahasa pencampuran daripada Bahasa Melayu, Hokkien, dan Tamil. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai budaya yang unik.
|
|
|
|
|
|
|
|
2. “Naik Bukit” merupakan tradisi Chetti Melaka yang menyerupai Qing Ming
Imej dari Melakachetti
Sebilangan besar kaum cina diketahui menyambut Qing Ming, tradisi menziarahi dan membersihkan kubur nenek moyang, mereka juga akan membuat persembahan ritual dengan membawa makanan tradisional, membakar colok dan kertas joss sebagai tanda penghormatan. Ia bukan sahaja diamalkan oleh kaum cina sahaja.
Memandangkan budaya Chetti Melaka dipengaruhi oleh budaya cina secara khasnya, majoriti dari mereka akan menyambut Qing Ming tetapi ia dikenali sebagai “Naik Bukit”. Istilah perkataan “Naik Bukit” digunakan kerana tempat kuburnya di kawasan bukit jadi mereka perlu mendaki bukit untuk ke situ.
Ia merupakan upacara melawat kubur pada hujung minggu sebelum Ponggol sebagai tanda hormat kepada nenek moyang mereka. Ahli keluarga yang datang akan membersihkan kubur, berdoa dengan colok, asap setanggi serta membawa kuih dan minuman. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan itu sahaja, masyarakat Chetti Melaka juga akan menyambut Bongi Parachu atau Parchu Ponggal, sembahyang atau doa untuk nenek moyang yang akan dilakukan pada malam Ponggal. Semasa sambutan ini juga, semua ahli keluarga akan berkumpul, memasak masakan nenek moyang dan meletakkan makanan tersebut di atas daun pisang sebagai mengeratkan lagi hubungan antara keluarga. Apa yang lagi menarik, mereka akan menyalakan lilin merah ketika berdoa atau sembahyang dilakukan.
Imej dari Melakachetti
3. Teater Jawi Peranakan Parodi telah diharamkan oleh British kerana anti-penjajah
Imej dari Boria Omara
Teater parodi Jawi Peranakan, yang lebih dikenali sebagai Boria, berasal dari drama Parsi yang tragis mengenai Pertempuran Karbala, sejenis teater yang dikenali sebagai ta’ziyeh Parsi. Walaupun ta’ziyeh sudah terkenal di bahagian-bahagian tertentu di Timur Tengah dan Asia Tenggara pada masa itu, ia hanya sampai di Pulau Pinang sekitar abad ke-19 ketika tentera Muslim India, tentera Madras Inggeris-India menggunakan muzik itu semasa perarakan mereka.
Walau bagaimanapun, apabila persembahan Boria ini berubah daripada tragedi kepada parodi, mereka dianggap mengejek dan mencabar kuasa kolonial British. Menurut Dr Wazir, plot teater ini menceritakan askar British yang mabuk yang membuli Jawi Peranakan dan Chetti Melaka.
Secara jelasnya, plot askar British mabuk ini tidak sesuai dengan pihak Inggeris dan sebagai cara untuk membantah, pihak Inggeris berusaha untuk melarang Boria buat sementara waktu selepas Rusuhan Pulau Pinang pada tahun 1867.
Nasib baik setelah lebih dari 100 tahun, budaya Boria terus wujud hingga kini. Kalau korang nak tahu, pada tahun lepas, Persatuan Warisan Jawi Peranakan telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Warisan Negara Malaysia untuk mengiktiraf Boria sebagai warisan budaya tidak ketara UNESCO.
|
|
|
|
|
|
|
|
4. Masyarakat Jawi Peranakan juga ada menerbitkan surat khabar yang ditulis dalam Bahasa Melayu
Imej dari Mimbusniess
Pada zaman penjajahan, kebanyakan orang Jawi Peranakan mendapat pendidikan Inggeris dan berjaya dalam kerjaya industri perbankan dan harta tanah sementara ada juga yang bekerja sebagai penjawat awam. Berkat pengaruh dan kewibawaan yang mereka miliki menyebabkan Jawi Peranakan pada tahun 1876 berjaya mengumpulkan cukup modal untuk menubuhkan syarikat percetakan, dan menerbitkan surat khabar Melayu pertama di Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia.
Secara teknikal, surat khabar – disebut “Jawi Peranakan” – ditubuhkan dan diterbitkan di Singapura tetapi sejak negara itu menjadi sebahagian daripada British Malaya pada masa itu, “Jawi Peranakan” telah dianggap sebagai akhbar Melayu yang pertama kali diterbitkan di negara kita.
Selama diterbitkan, “Jawi Peranakan” diterbitkan seminggu sekali pada setiap hari Isnin dengan sekitar 150 salinan setiap cetakan. Walaupun pada asalnya ditujukan untuk komuniti Melayu (baik dalam bahasa Melayu), “Jawi Peranakan” juga mempunyai pembaca yang berskala kecil tetapi berbeza dari kaum Melayu hingga Muslim kelahiran tempatan, Arab dan juga masyarakat Baba Nyonya yang berbahasa Melayu.
Akhirnya, akhbar ini berhenti beroperasi pada tahun 1895 setelah hampir dua dekad beroperasi. Walaupun mungkin telah menjadi nama asing dalam industri media masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa peranan Jawi Peranakan sebagai pelopor surat khabar Melayu sejak itu membuka banyak pintu untuk penerbitan bahasa Melayu di rantau ini.
5. Semasa perayaan Hindu, Chetti Melaka mengadakan perarakan yang merangkumi… Hantu Tetek
Ya, betul apa yang korang baca. Ternyata Hantu Tetek sebenarnya adalah sebahagian besar dari cerita rakyat Malaysia, terutama dalam budaya tempatan di mana ia dipercayai sebagai iblis yang menculik anak-anak dan menghancurkannya di antara payudaranya yang besar. Di Indonesia, mereka memanggilnya sebagai Wewe Gombel.
Sejak didirikan pada tahun 1822, kuil yang terletak di Desa Chetti Melaka ini telah menyambut ribuan penganut pada setiap tahun selama festival ini. Kebanyakan dari mereka akan berdoa dan mengucapkan terima kasih kepada Dewi Sri Muthu Mariamman, yang kekuatannya sering dikaitkan dengan menyembuhkan penyakit seperti cacar.
Berkaitan dengan ciri Hantu Tetek, ia muncul semasa perayaan Sri Muthu Mariamman Thiruvila. Perarakan biasanya diadakan, dan pada hari terakhir perarakan, dewa Mariamman akan dihiasi dan bertenggek di atas ‘rathma’. Hantu Tetek akan bergabung dalam perarakan, peranannya adalah untuk menghilangkan perkara negatif di sekitar perarakan.
Sundaram Padiachee, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti yang bertanggungjawab untuk mempromosi dan memelihara Budaya Chetti Melaka. Hari ini, pasangan Hantu Tetek (lelaki dan wanita) telah menjadi ikon masyarakat. Mereka tampil di acara sosial atau menyambut tetamu terhormat ke Desa, menambah warna dan kegembiraan untuk mempamerkan warisan Chetti Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Budaya Peranakan yang hilang disebabkan kurangnya pengamatan dari generasi muda
Imej dari Nestia
Sayangnya, seperti kebanyakan kumpulan minoriti di luar sana, budaya Chetti Melaka dan Jawi Peranakan berisiko kehilangan warisan mereka kerana generasi muda Peranakan secara beransur-ansur kehilangan identiti mereka. Tetapi yang membuat perkara ini lebih menyedihkan, walaupun masih ada banyak orang Peranakan di seluruh Malaysia, budaya ini semakin lama semakin kecil.
“Ribuan keluarga Jawi Peranakan masih ada tetapi mereka tidak lagi menyebut diri mereka sebagai Jawi Peranakan, mereka hanya menyebut diri mereka orang Melayu. Anak-anak itu dipanggil orang Melayu. Seperti orang Peranakan Cina, mereka menyebut diri mereka orang Cina. ” – Datuk Dr Wazir Jahan Karim, ahli antropologi ekonomi, dipetik dari Malay Mail |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih TT. baru tau jawi peranakan tu campuran arab-melayu. pasai sll kalau kisah2 anak mami tu drg campuran india-melayu..tapi panggil jawi peranakan juga. confuse |
|
|
|
|
|
|
|
rare kan kisah ni...haaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Hantu tetek dgn hantu kopek ni entiti yg sama kew.. |
|
|
|
|
|
|
|
kopek ni belah2 kelantan sana.... tetek ni belah2 K.L ala.. yg bnyk kt zouk tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
piao replied at 3-2-2021 07:02 PM
kopek ni belah2 kelantan sana.... tetek ni belah2 K.L ala.. yg bnyk kt zouk tu...
Ni haa hantu kopek lanjut...tp xtau la cite hasanah ke tak.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bestnyaaaa..menarik sangat info ni..more pleaseeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu Tetek adalah satu amalan budaya yang sudah sebati dengan budaya masyarakat peranakan Chetti Melaka. Kelibat patung ini boleh dilihat semasa ia mengiringi perarakan kereta berhias perayaan keagamaan di Kampung Chetti Melaka.
https://cj.my/121777/hantu-tetek-dan-chetti-melaka/ |
|
|
|
|
|
|
|
perkongsian yang menarik.. thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat menarik. Tak pernah tahu.
Thank you TT. |
|
|
|
|
|
|
|
aku yg duduk melaka pun baru tahu history chetti ni..
selalu lalu je depan tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|