CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1131|Reply: 1

Pulangkan RM350, UKM Kurangkan Yuran Pendaftaran

[Copy link]
Post time 2-2-2021 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan memulangkan semula RM350 daripada yuran pendaftaran 3,854 pelajar tahun satu yang mendaftar bagi semester satu sesi akademik 2020/2021 pada Oktober tahun lepas.




Kredit foto: Portal UKM




Naib Canselor UKM Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman bagaimanapun berkata, pemulangan itu tidak dilakukan secara pemberian tunai, sebaliknya akan ditolak daripada yuran semester akan datang yang bermula Mac ini.

"Namun begitu, pengecualian boleh diberikan kepada pelajar yang memerlukan pemulangan tunai, tertakluk kepada pelajar mengemas kini maklumat akaun bank," menurutnya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata ini bermakna yuran pendaftaran pelajar dikurangkan daripada RM1,200 kepada RM850 dengan nilai keseluruhan pemulangan berjumlah RM1.34 juta.

"engurangan yuran pendaftaran pelajar baharu semester satu sesi akademik 2020/2021 dibuat memandangkan pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan para pelajar tidak dapat mengikuti aktiviti minggu mesra mahasiswa baharu secara bersemuka," katanya.


Mohd Ekhwan berharap langkah itu akan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar yang terkesan akibat penularan wabak itu serta melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.


Katanya pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengurangan yuran itu boleh berhubung dengan Bahagian Kewangan Pelajar melalui e-mel ke [email protected].




Sumber: BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap bukan ukm sahaja!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048481 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list