CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2460|Reply: 2

Anda mahukan rumah percuma?

[Copy link]
Post time 1-2-2021 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-2-2021 02:23 AM

PropertyGuru tawar rumah percuma

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep - Februari 1, 2021 @ 8:50am

MUATNAIK gambar menggunakan PropertyGuru Home Giveaway Picture Frame dan anda berpeluang memenangi rumah bernilai RM600,000. - FOTO hiasan PropertyGuru



SEJAK 10 tahun lalu, PropertyGuru berjaya membantu jutaan rakyat Malaysia mencari dan memiliki rumah idaman, meletakkannya sebagai laman web hartanah nombor satu negara.

Syarikat teknologi hartanah itu tidak hanya menawarkan penyelesaian hartanah inovatif seperti PropertyGuru Loan Pre-Approval dan PropertyGuru FastKey, tetapi juga menganjurkan Asia Virtual Property Expo, pameran hartanah maya terbesar yang julung kali diadakan di Asia.

Pada November 2020, PropertyGuru mengambil alih syarikat data hartanah dalam talian terbesar di Malaysia, MyPropertyData, seterusnya melebarkan sayapnya dengan set data dan pandangan hartanah paling komprehensif bagi membantu pembeli rumah membuat keputusan tepat.

Sejak Oktober tahun lalu, PropertyGuru mendominasi pasaran apabila diiktiraf sebagai laman web hartanah dengan trafik paling tinggi mencecah lebih lapan juta kunjungan setiap bulan oleh platform utama analitik web dunia Comscore, Google Analytics dan Alexa.

PropertyGuru kini memegang 47 peratus pegangan pasaran laman web hartanah Malaysia menurut SimilarWeb.
Syarikat itu juga dipilih pembeli rumah di Malaysia sebagai "Jenama Terunggul di Carian Hartanah Dalam Talian", dan diiktiraf oleh Influential Brands sebagai "Jenama Hartanah Dalam Talian Paling Berpengaruh" di Asia serta diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai "Laman Hartanah Terbesar".

Bagi menghargai sokongan rakyat Malaysia sehingga menjadikannya laman web hartanah nombor satu negara, PropertyGuru ingin menghadiahkan sebuah rumah dua bilik berstatus pegangan bebas yang lengkap berperabot bernilai RM600,000 di Tropicana Metropark, Subang Jaya kepada seorang pencari rumah pertama.
Bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2021, anda yang berminat boleh mencalonkan mana-mana pencari rumah pertama dengan memuat naik gambar anda menggunakan PropertyGuru Home Giveaway Picture Frame.
Kemudian, muat naik gambar itu di akaun Facebook atau Instagram anda dengan jawapan kepada soalan ini, "Kenapa calon anda layak menerima hadiah rumah percuma", tidak melebihi 300 patah perkataan.

Kemudian, anda perlu tag Facebook PropertyGuru.com.my atau Instagram PropertyGuru Malaysia bersama hashtag #PropertyGuruIsNumber1 #PropertyGuruHomeGiveaway dan pastikan akaun anda disetkan pada tetapan umum.
Maklumkan penyertaan anda di akaun Facebook atau Instagram PropertyGuru dengan menulis komen "Saya mencalonkan " dan sertakan sekali pautan hantaran pencalonan anda.

PropertyGuru akan memilih 10 penyertaan yang dinilai berdasarkan kualiti gambar dan keterangan gambar paling menarik untuk ke peringkat akhir pada April depan.

Muat naik gambar anda sebelum 31 Mac 2021 untuk merebut ganjaran hebat ditawarkan #PropertyGuru sempena #PropertyGuruHomeGiveaway.
Layari Facebook, Instagram atau laman web PropertyGuru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #PropertyGuruHomeGiveaway

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/781935/propertyguru-tawar-rumah-percuma




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak laku ke sampai suruh orang awam jadi model?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alih2 puak dia juga yg menang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.809758 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list