Kuala Lumpur: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua bermula 13 Januari lalu dimanfaatkan segelintir individu untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka di laman sosial menerusi nyanyian serta gubahan lirik lagu berunsur nasihat.
Percubaan itu nyata tidak sia-sia apabila perkongsian mereka tular di laman sosial hingga meraih ratusan ribu tontonan.
Demi mengetahui kisah di sebaliknya, wartawan Harian Metro menemu bual individu yang menjadi perhatian kerana karya dihasilkan mereka ketika PKP.
"Mungkin ramai yang menganggapnya sebagai gurauan sedangkan ada mesej dan nasihat yang cuba saya sampaikan dalam bentuk sarkastik," kata bapa dua anak, Mohd Nur Azman Mohd Naim, 36, yang menarik perhatian warganet, baru-baru ini.
Ia berikutan hasil kreativiti Mohd Nur Azman atau dikenali Azman Naim 44 Mantra yang memuat naik videonya menyanyi lagu raya yang diubah liriknya bersesuaian dengan keadaan dan isu semasa berkaitan PKP di Instagram serta TikTok.
Bercerita lanjut, dia yang menetap di Kulai, Johor tidak menduga video itu mendapat sambutan luar biasa hingga tular kerana niatnya hanya untuk menyuarakan suara masyarakat dalam bentuk lagu.
Sebenarnya hobi 'rosakkan lagu' atau mengubah lirik lagu ini bermula sejak sekolah lagi dan saya gelarkannya sebagai Coverosak.
"Cuma sebelum ini saya lebih banyak mengubah lirik lagu kumpulan heavy metal.
"Namun saya cuba tampilkan kelainan kali ini dengan menggunakan lagu raya dan mengubah liriknya bersesuaian dengan isu semasa iaitu pelaksanaan PKP 2.0, permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Menurutnya, dia terbabit sepenuhnya dalam penghasilan video berkenaan.
"Saya adalah one man show bagi penghasilan video itu kerana melakukannya sendiri bermula dengan mengubah lirik, merakam nyanyian menggunakan aplikasi Smule hingga ke proses suntingan.
Saya mengambil masa lima hingga 10 minit untuk mengubah lirik dan idea datang secara spontan ketika itu," katanya yang juga Ketua Pegawai Strategik Nutrivx Sdn Bhd serta Ketua Pegawai Eksekutif SHE Cosmetics Ash Legacy Sdn Bhd.
Mengulas mengenai maklum balas positif diterimanya, Mohd Nur Azman berkata, tiada perkataan mampu diungkapkannya melainkan ucapan terima kasih kepada semua yang menonton dan memberi sokongan.
Dia berharap perkongsiannya itu dapat memberi mesej positif dan kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pandemik Covid-19.
Niat saya bukan untuk menjadikan video itu tular, tetapi mengangkat suara orang ramai dan menjadi perantara menerusi lagu.
"Bagi saya, pendekatan menerusi nyanyian dan lagu lebih baik daripada mengajak masyarakat melemparkan komen negatif di laman sosial atau turun berhimpun di jalanan terutama dalam tempoh PKP ini," katanya.
Berkongsi perancangannya, Mohd Nur Azman berkata, dia bercadang menghasilkan lagi video nyanyian berkaitan isu semasa, tetapi menunggu waktu yang sesuai bagi membuat rakaman.
"Memang ada perancangan, tetapi saya perlu menunggu pengumuman kerajaan bagi mengetahui apa akan berlaku selepas 4 Februari nanti.
"Ini kerana ada kemungkinan SOP akan berubah, jadi video dihasilkan perlu mengambil situasi semasa," katanya.
Post time 1-2-2021 08:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tunggu komen mengecam
Kalau keluar kat fb mana2 news mesti ade komen.....
Berita ni boleh hapuskan covd ke?
Cerita ni boleh naikkn ekonomi malaysia ke?
Berita ni boleh bg aku keja ke?
Versi forum, dah tu nak kena gelabah ****k ke? Xpun who r yusss?
eh bukan... yg nyanyi lagi selamat berpkp tu ialah lelaki, chair kpd SHE cosmetics..yg CEO SHE cosmetics kat pilipina ialah minah dlm gambar tu...
nak tunjukkan ada perbezaan rupa ceo jenama kosmetik kat mesia dgn pilipina... tu je
Post time 1-2-2021 02:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Oh i see lepas tengok ig dia semua, dia troll je entah2 she cosmetic tu pun tak wujud dia main bubuh je nak troll pembaca2 semu tapi rambut panjang dia tu ya ampun serabai betul