CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6975|Reply: 54

[Dunia] Jutawan kedekut!. Sanggup makan makanan kucing untuk berjimat.

[Copy link]
Post time 29-1-2021 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Jutawan kedekut!

https://www.hmetro.com.my/global ... 099/jutawan-kedekut

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 7:30 AM

Agensi


Aimee Elizabeth

Los Angeles: Makan makanan kucing untuk kurangkan perbelanjaan.

Itu gaya hidup mengejutkan seorang jutawan yang hanya akan berbelanja 730 pound (kira-kira RM4,038) sebulan.

The Sun melaporkan Aimee Elizabeth membuat pendedahan mengejutkan itu meskipun dia mempunyai 3.5 juta pound sterling (kira-kira RM19.3 juta) di dalam akaun banknya.

Aimee dikatakan dapat menjimatkan 146,000 pound sterling (kira-kira RM807,641) setiap tahun dengan hanya membeli barang terpakai dan enggan membuang barang yang kelihatan masih baik.

Sambil memegang span lama yang digunakan untuk mencuci pinggan, Aimee yang berusia 50 tahun dari Las Vegas mengatakan, ia bukan alasan untuk membuangnya.

Dia juga memiliki hanya sebilah pisau dapur yang tidak pernah dicuci dan hanya mengelap peralatan itu dengan menggunakan tuala dan terus menyimpannya di dalam laci.

Aimee bukan hanya tidak suka membazirkan air, malah akan memastikan tidak memanaskan air lebih lama daripada yang diperlukan untuk menjimatkan elektrik.

"Saya menutup pemanas air. Saya perlukan hanya 22 minit untuk memanaskan air dan ia sudah mencukupi untuk mandi. Saya membuka suisnya, setiap pagi, ketika saya bangun tidur," katanya.

Daily Star mendedahkan gaya hidup jutawan itu yang terlalu suka berjimat itu dipaparkan menerusi program, TLC Extreme Cheapskate.

Langkah penjimatan yang paling menarik dilakukan Aimee adalah menjadikan makanan kucing sebagai hidangan makan tengah hari.

Malah, dia juga mengakui pernah menyajikan makanan itu kepada tetamunya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan jurawan ni x mual ke tetamu.mkn mknanan kuceng?....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut ler jd jutawan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bace pun dah loya
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah dia xde la nampak minimalist ke apa..
Ye ye je.. ntah2 dia xkuarkan duit dia..
tp pakai duit company or hb or sg or bf..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 08:51 AM | Show all posts
Abis kucing mkn ape..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya.
Duit byk2 nak buat apa?
Nak bawak masuk kubur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
"Malah, span lama yang digunakan untuk mencuci pinggan juga tidak diganti baru, selain pisau dapur tidak pernah dicuci. Sebaliknya, ia hanya dilap menggunakan tuala dan terus disimpan di dalam laci."

Pengotor gila wehhh.. Beranak pinak bakteria kat span dgn pisau dia. Patutnya dah boleh mati keracunan dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 09:10 AM | Show all posts
Dia punya berjimat, Tetiba mati mengejut, yang waris duit brrjuta tu punya enjoy hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 09:32 AM | Show all posts
jutawan pun kalo bodoh buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 09:33 AM | Show all posts
makan  sajalah sudah ko kedekut kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat berjimat cermat ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:16 PM | Show all posts
sebab jimat la dia jadi jotawan.

susah nak jumpa pompuan jenis jimat nih,
yang boros nya ramai  
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:23 PM | Show all posts
capiloton replied at 29-1-2021 12:16 PM
sebab jimat la dia jadi jotawan.

susah nak jumpa pompuan jenis jimat nih,

jimat dan kedekut adalah dua perkara yang sama wahai saudaraku capiloton
macam duit kerta rm10

dua muka satu badan


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:26 PM | Show all posts
Churchill replied at 29-1-2021 12:23 PM
jimat dan kedekut adalah dua perkara yang sama wahai saudaraku capiloton
macam duit kerta rm10

...

sama jer.

pada mata orang yang jenis biasa hidup boros,
takdak disiplin pasal money management,
orang yang jenis jimat ni di label nya kedekut.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 29-1-2021 08:51 AM
Rumah dia xde la nampak minimalist ke apa..
Ye ye je.. ntah2 dia xkuarkan duit dia..
tp pakai duit ...

penah masuk dlm tv aku tengok, mmg pon rumah tu bekas laki yg bagi lepas cerai kalau tak bagi nnt pompuan ni akan gi merempat kat mana2 sbb kedekut sangat. ada la tunjuk scene ex tu yg datang bersihkan rumah sbb dia taknak upah orang. lepas ex tu dah siap buat kerja dia hidangkan makanan kucen haha, siap tunjuk comparison harga tuna utk org dgn tuna utk kucen. mmg mental habis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh. Sok2 kau meninggal........ sapa yg enjoy kau punya duit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:45 PM | Show all posts
Ni bukan kedekut dah ni...ni kategori bakhill...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan makanan kucing lagi mahal ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
"Malah, dia juga mengakui pernah menyajikan makanan itu kepada tetamunya."
komfem sapa2 yg penah jd guests dia bila baca ni mesti terus muntah and diikuti dgn sumpah seranah tahap langit ke-7
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.258624 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list