CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1702|Reply: 7

EuroCham Nafi Malaysia Akan Laksana ‘Total Lockdown’

[Copy link]
Post time 25-1-2021 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Penularan sekeping surat Dewan Perdagangan dan Industri EU-Malaysia (Eurocham Malaysia) yang didakwa seolah-olah memberi bayangan Malaysia akan melaksanakan sekatan lebih ketat dalam menangani Covid-19 ternyata menimbulkan kekecohan ramai.


Terbaharu, Eurocham Malaysia tampil menafikan kerajaan akan melaksanakan total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selepas 4 Februari ini.


Pengerusi Eurocham Malaysia, Oliver Roche berkata, dalam perbincangan tidak rasmi di antara pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Jumaat lalu, perkara itu tidak disebutkan kementerian tersebut.


Kredit foto: mStar Online




Menurutnya, surat pekeliling dalaman yang sulit dihantar kepada semua anggota mereka untuk menyampaikan keputusan perbincangan tidak rasmi tentang usaha kerajaan dalam menangani penyebaran Covid-19.


Katanya, perbincangan tidak rasmi dengan MITI bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana komuniti perniagaan dapat memainkan peranan dalam meratakan keluk Covid-19 dan kesan yang boleh berlaku sekiranya mereka tidak memainkan peranan aktif.


"Dalam konteks ini, kemudahan tempat penginapan pekerja telah dipertingkatkan berkali-kali dan ia turut disebut dalam pekeliling dalaman kami sebagai sumbangan penting dalam memutuskan rantaian penularan.


"Eurocham Malaysia juga mahu menjelaskan bahawa walaupun MITI menegaskan usaha perlu dipertingkatkan kerana jumlah kes yang semakin meningkat tapi mereka tidak menyebut tentang pelaksanaan 'lockdown' segera selepas 4 Februari 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Terdahulu, portal berita melaporkan kerajaan akan mengumumkan penutupan ekonomi secara total setelah 4 Februari depan sekiranya jumlah kes Covid-19 di negara ini terus menunjukkan peningkatan berdasarkan surat Eurocham Malaysia yang diedarkan kepada ahlinya.


Sumber yang dikaitkan dengan organisasi itu dikatakan mengesahkan kesahihan surat itu kepada portal Malay Mail.


Susulan itu, Oliver meminta orang ramai memberi tumpuan kepada perkara lebih besar dengan memainkan peranan masing-masing untuk memastikan lockdown lebih ketat dapat dielak daripada dilaksanakan.


"Kami menghargai hubungan erat dengan kerajaan khususnya MITI dan pada pandangan kami mereka telah lakukan tugas mulia dalam menguruskan pandemik ini sejak 2020," katanya.


Oliver berkata, sebelum ini media banyak melaporkan tentang jangkitan Covid-19 yang berlaku di kilang, tapak pembinaan dan tempat kerja lain.


Justeru, katanya, komuniti perniagaan perlu didesak untuk memandang serius perkara itu dan menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilakukan.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eurocham Malaysia, Sven Schneider berkata, walaupun pihaknya memberi tumpuan pada pandemik dan dampak negatifnya pada ekonomi, penting juga untuk bersama-sama menyokong usaha kerajaan untuk meratakan lengkung jangkitan.


"andemik ini telah mengganggu setiap aspek kehidupan sejak 2020. Oleh itu kita harus tumpukan pada kemampuan kita untuk menyumbang untuk menamatkan wabak.


"Eurocham Malaysia akan terus menjadi tonggak sokongan signifikan antara kerajaan dan komuniti perniagaan EU-Malaysia," katanya. -CARI


Sumber: Sinar Harian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Please la abakau, total strict lockdown at least 6 weeks lepas feb 4 ni. Whole malaysia. Jangan sibuk asyik nk bg pengecualian. Menteri timb menteri sua ke apa semua 3 bulan potong gaji potong elaun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:27 AM | Show all posts
nafi nafi nafi konon..
tup tup...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu nye yg di nafi tu yg betul.. Kbai
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 01:35 PM | Show all posts
ikut dr pengalaman lepas2, yg dinafi tu la nnt depa buat...zaman covid elemen seprais mesti ado...

bila nak buat seprais gaji2 menteri n elaun kena potong...baru boleh manfaatkan gaji2 tu utk kebajikan rakyat...tu baru betul pemerintah adil n saksama
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada logiknya juga. Drp gereja tu bantu org yg ntah sapa2, baik dia bantu penganut dia yg berdaftar.

Apa ingt org kristian x ada yg hidup susah ke?

Sapa la pencipta fitnah asal ni yer? Harap kena sambar petir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Medicham evolve daripada meditite
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah.... dulu pun ada sorg menteri tu kata “PKP lagi sekali ADALAH TIDAK MUNGKIN AKAN BERLAKU”....... ujong2..................... kenchingggg merata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052523 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list