View: 1670|Reply: 7
|
Mati Ditikam Suami Ketika Tidur Kerana Disangka Curang
[Copy link]
|
|
Lelaki membunuh isterinya dengan kejam selepas mencurigai isterinya curang dengan lelaki lain.
Gambar hiasan
Dalam kejadian di Demak, Jawa Tengah itu, mangsa, Nur Kamidah, 38, ditemui meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya pada Jumaat.
Ibu dua anak yang bekerja sebagai petani itu dibunuh suaminya berusia 41 tahun sekitar jam 4 pagi ketika tidur di dalam biliknya.
Menurut jurucakap polis, AKP Muhammad Fachur Rozi berkata, mangsa mengalami luka tikaman di pipi kanan, bahagian belakang telinga kanan dan bahagian kiri dada.
Selain lebam pada leher, pergelangan tangan kiri mangsa turut dilaporkan patah.
Kredit foto: TribunNews
Polis yang tiba di lokasi sebaik menerima maklumat orang awam turut merampas barang bukti antaranya sebilah pisau dapur, bantal dan seluar panjang berwarna hitam.
"ihak kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian dan suspek dipercayai membunuh isterinya kerana mengesyaki mangsa berlaku curang," katanya.
Suspek berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya. Nape sampai bunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan la baca berita Ndon. |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk dh agak mesti dari hindon....
puak2 sana dan berita pelik & bengap berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Err tak tau ke talak kat tangan suami?
Cerai je la pastu move on cari bini baru
Orang laki bukan ada expired date pun
Rugi je buat gini, dosa dapat penjara dapat
Bila 9 akal letak kat dalam seluar |
|
|
|
|
|
|
|
entah-entah lakinya yang curang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|