View: 1793|Reply: 3
|
Adakah Pengeluaran Wang i-Sinar KWSP Perlu Dizakatkan?
[Copy link]
|
|
Zakat adalah ibadah yang memiliki dua dimensi iaitu sebagai bentuk ketaatan kepada Allah dan kewajiban kepada sesama manusia. Ia turut terkandung dalam rukun Islam keempat yang mana, menjadi satu kewajipan bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah itu.
Dari sudut bahasa pula, zakat bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.
Sementara itu dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Semenjak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, ramai terkesan akibat virus itu termasuk hilang sumber pendapatan, perniagaan terpaksa ditutup selain dibuang kerja oleh majikan.
Foto: mStar Online
Bagi membantu mengurangkan beban golongan yang terkesan, kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan termasuk kemudahan pengeluaran wang daripada program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan pencarum memilih untuk mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 mereka.
Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abdul Rahman.
Baru-baru ini pula, kerajaan memperkenalkan program i-Sinar melalui Akaun 1, KWSP dengan jumlah pengeluaran minimum RM10,000 ke RM60,000 mengikut kriteria kelayakan ahli.
Persoalannya kini, adakah pengeluaran menerusi program i-Lestari dan i-Sinar itu perlu dizakatkan?
Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abdul Rahman menjelaskan secara asasnya apa-apa jumlah wang dikeluarkan daripada KWSP berdasarkan kriteria tertentu adalah wajib dizakatkan khasnya apabila jumlahnya melebihi nisab.
Pengeluaran seumpama ini meskipun tidak mencukupi nisab, ia perlu ditaksir bersama sumber pendapatan yang lain bagi melengkapkan nisab untuk tujuan zakat.
Bagaimanapun Ahmad Husni memberitahu, disebabkan oleh pandemik wabak covid-19 pengeluaran yang tidak melebihi nisab (jumlah batasan pemilikan seorang Muslim selama satu tahun untuk wajib mengeluarkan zakat) adalah dikecualikan dari zakat jika pemiliknya benar-benar terkesan dengan keadaan tersebut.
"engeluaran i-Lestari atau i-Sinar KWSP dalam keadaan terpaksa dan terkesan teruk akibat terjejas sumber pendapatan, maka zakat tidak diwajibkan.
"Seperti i-Lestari pengeluaran RM500 selama 12 bulan masih dibawah nisab yang tak wajib dizakatkan," katanya.
Sementara itu, bagi pengeluaran atas pilihan dan bukan kerana darurat serta masih mempunyai sumber pendapatan serta tidak terjejas keperluan asas hidup dan tanggungan serta melebihi nisab, zakat diwajibkan ke atas keseluruhan pengeluaran dilakukan.
Pun begitu jelas Ahmad Husni, situasi itu bergantung kepada keadaan sesama individu memandangkan pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh pandemik.
"Katakan pencarum adalah seorang majikan atau pemilik syarikat, dia mengeluarkan wang KWSP menerusi program i-Sinar dan wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk melangsaikan hutang-piutang serta gaji pekerja, maka ia tidak perlu dizakatkan.
"Bagaimanapun sebab-sebabnya kena jelas dan memang terbukti digunakan untuk menyelesaikan hutang," katanya.
Dalam pada itu amaun nisab bagi tahun 2021 menerusi kalkulator zakat PPZ-MAIWP ialah RM20,299. Ini bermakna, jika pengeluaran wang i-Sinar melebihi jumlah itu, individu terlibat perlu membayar zakat dengan syarat dia tidak terjejas daripada sumber pendapatannya.
Sebarang pertanyaan mengenai zakat boleh menghubungi melalui talian zakat di 1-300-88-5757 atau melalui emel [email protected] -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yg dapat isinar pun ramai yg terjejas... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang keluar duit pencen....... tak de zakat ke? Padahal duit keluar dari Kumpulan Wang Amanah Pencen. Asal duit dari Gomen la. Seronok orang Gomen |
|
|
|
|
|
|
| |
|