View: 1247|Reply: 5
|
Jadi Suspek Kes Gaduh, Terpaksa Nikah Dalam Balai Polis
[Copy link]
|
|
Makassar: Gara-gara ditangkap kerana menjadi suspek kes pergaduhan, seorang lelaki terpaksa melangsungkan pernikahannya di balai polis.
Lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama Wahyu, 19, ditangkap bersama beberapa rakannya di Kecamatan Panakkukang, lima hari sebelum tarikh pernikahannya.
Ketua Polis Panakkukang, Abdul Rahman berkata, suspek terbabit dalam kejadian gaduh yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan agak serius.
"Dalam kejadian itu, mangsa bukan saja dipukul, malah telefon bimbitnya juga dicuri. Mereka kemudian menjual telefon bimbit itu," katanya seperti dilaporkan.
Menurutnya, berikutan tarikh pernikahan yang tidak boleh ditukar, suspek meminta untuk meneruskan upacara pernikahan di balai polis itu.
"Kami menyediakan ruang di surau di balai ini untuk pernikahannya. Disebabkan pandemik Covid-19 yang tidak membenarkan ramai tetamu, maka anggota polis di balai ini menjadi saksi pernikahan mereka," katanya.
Menurutnya, kedua-dua pasangan pengantin itu bagaimanapun perlu berpisah seketika kerana pengantin lelaki perlu berdepan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan.
"Selepas selesai majlis akad nikah, suspek perlu masuk semula dalam lokap bagi menanti tindakan seterusnya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jap lg...ada lagu dangdut...'nikah di kantor polisi'.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa ke bangangnya.....
nak pulak pompuan tu kawin....
Asal berlaki...
|
|
|
|
|
|
|
|
takpe lah. pemulaan yan tak baik tak semestinya pengakhiran nya pun begitu. in sha allah, semoga menjalani kehidupan suami isteri dengan baik. bimbing lah sesama sendiri tuk ke jalan syurga allah |
|
|
|
|
|
|
|
Baik jugak pak polisi mau jadi saksi siap bagi guna surau dan dia masih boleh merasa berbaju pengantin bukan baju lokap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|