View: 1033|Reply: 0
|
[Dunia]
Takut Covid-19, tinggal di lapangan terbang selama tiga bulan
[Copy link]
|
|
Takut Covid-19, tinggal di lapangan terbang tiga bulan
https://www.utusan.com.my/luar-n ... terbang-tiga-bulan/
Oleh Sheila Rani A/P Chandrasekaran
20 Januari 2021, 9:38 am
BEBERAPA penumpang menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare di Chicago. - AFP
LOS ANGELES: Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati tinggal tanpa kebenaran di sebuah lapangan terbang antarabangsa Chicago selama tiga bulan.
Lapor The Guardian, berdasarkan beberapa laporan media, lelaki tersebut berbuat demikian kerana terlalu takut dengan pandemik Covid-19 sehingga enggan pulang semula ke rumahnya di Los Angeles.
Menurut Chicago Tribune, Aditya Singh, 36, ditahan pada hujung minggu lalu dan didakwa atas kesalahan menceroboh kawasan larangan di dalam lapangan terbang, kecurian dan salah laku.
Jelas pendakwa raya, lelaki itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare menerusi penerbangan dari Los Angeles pada 19 Oktober tahun lalu.
Kira-kira tiga bulan kemudian, dua pekerja United Airlines menghampiri Aditya dan memintanya untuk menunjukkan kad pengenalan diri.
Aditya didakwa telah menunjukkan kad pengenalan seorang pengurus operasi lapangan terbang yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 26 Oktober tahun lalu.
Jelas laporan itu, pekerja United Airlines kemudian menghubungi polis dan Aditya ditahan pada pagi Sabtu lalu.
Pembantu peguam negara Kathleen Hagerty memberitahu hakim Mahkamah Cook County, Susana Ortiz bahawa selama ini penumpang lain telah membantu memberi makanan kepada Aditya yang tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|