CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 10

Pelajar SPM MRSM Lipis dikuarantin selepas seorang pelajar didapati postif Covid

[Copy link]
Post time 20-1-2021 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar SPM MRSM Lipis dikuarantin

https://www.kosmo.com.my/2021/01 ... -lipis-dikuarantin/

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
20 Januari 2021, 5:00 pm


Kesemua pelajar tingkatan lima MRSM Lipis yang bakal mengambil peperiksaan SPM dikuarantin.

LIPIS – Kesemua pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikuarantin selepas seorang pelajar didapati positif Covid-19 semalam.

Pengarah MKN negeri, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki dikuarantin di asrama.

“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif dan melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.

“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Katanya, pemindahan pelajar berkenaan menaiki bas turut diiringi pihak polis dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.

“Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan dikuarantin,”ujarnya. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 10:39 PM | Show all posts

Calon SPM Positif COVID-19, Pelajar MRSM Lipis Dikuarantin






LIPIS: Kumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.


Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan ditempatkan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki ditempatkan di asrama.


"emindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif. Ia juga melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala (bilangannya) meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.


"Setakat pagi ini, terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif COVID-19 dan dihantar ke hospital," katanya di sini, hari ini.


Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Katanya, pemindahan pelajar terbabit dengan menaiki bas turut diiringi anggota polis bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.


"Terdapat juga tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan pelajar sepanjang ditempatkan di pusat kuarantin," ujarnya.






Sumber : Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tula..aritu elok2 budak SPM di asrama..
Mak bapak sibuk nak keluarkan anak masing2..
Dh lama tak jumpa la.. rindu la..
Skrg balik ke asrama masing2..dah ada yang positif covid-19.

SPM tk lama lagi ni.
Bertabahlah ya semua..
Moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru jd kat 1 sekolah. Kesian sgt yg nak ambik spm 2020 n 2021. Cpt2 la kovid ni pegi
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat akak pon sorang positif. Hmmmmmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut swabtest dulu sblom masuk asrama..kpm fail
X jaga kebajikan stodent
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2021 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
adik2 calon spm, harap bertabah. Risiko lah kalau dah ke sana ke sini balik kampung jalan2. Kita jaga, tak semestinya orang lain jaga.

Teringat suasana kabus tebal pagi2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 06:27 AM | Show all posts
slamat berkuarantin dan mengambil peperiksaan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian bdk2 ni..kkdg mak ayh pun selfish. Balik dr redzone x reti kuarantin. Aku tgk status wasap parent..kemain bwk ank coti-coti malaysia kt redzone. Yg redzone pun berbondong2 msuk negeri greenzone..ni la akibatnya..abis sume negeri ad kes.. x psl2 PKP. Hari tu kes prn sabah beria sgt bidas org. Ni byk kes balik kg, ckp nk buat cmne..nk jd..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 07:18 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun

Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah swt kpd semua pelajar2 MRSM Kuala Lipis, guru2 dan petugas2 pentadbiran, org2 kantin dan semuanya. Insya Allah

Ada ibubapa yg mementingkan diri sendiri.

Bila ada rakan rapat/ rakan sekerja mereka kena covid, diaorg buat swab test dan negatif. Patutnya diaorg kuarantin diri selama 10 hari lagi. Tapi tak dilakukan, diaorg teruskan kehidupan seharian seperti biasa. Then swap test kali kedua, positif. Bayangkan berapa ramai org lain yg tlh dijangkiti termasuk ahli keluarga sendiri. Inilah yg auntie kategorikan sbg tindakan selfish & kurang bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:52 AM | Show all posts
moga calon spm bertabah.. ujian betul untuk kite semua..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.057543 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list