View: 1399|Reply: 6
|
[SARAWAK] Covid19 19/01/2021- Kluster RAKUT miri
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 19-1-2021 06:19 PM
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Kenyataan Media (19 Januari 2021)
Hari ini, terdapat 156 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (65), Miri (28), Kanowit (24), Beluru (15), Sarikei (10), Sebauh (3), Kuching (2), Bintulu (2), Subis (2), Dalat (1), Belaga (1), Meradong (1), Samarahan (1) dan Daro (1)].
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 2,367 kes.
Turut dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan satu (1) kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Rakut yang melibatkan hanya Daerah Miri, Sarawak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengesan satu kluster baharu di Sarawak yang dikenali sebagai Kluster Rakut.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kluster tersebut hanya melibatkan Daerah Miri.
“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes 1,740 yang telah dikesan melalui saringan kontak kes positif Covid-19 pada 12 Januari lalu.
“Hasil pengesanan secara aktif kontak-kontak kepada kes ini, sembilan lagi kes telah dikesan termasuk enam kes baharu pada hari ini,” katanya pada sidang media, hari ini.
Ujar beliau, sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 33 individu telah disaring iaitu tujuh disahkan negatif dan 16 kes masih menunggu keputusan makmal.
Dalam pada itu, Uggah berkata, kluster yang masih aktif di negeri ini adalah Kluster Bukit Sekubong, Sebauh, Kluster Jelita, Miri, Kluster Pasai, Sibu, Kluster Keranji Tabuan, Kuching, Kluster Bah Sayap, Miri, Kluster Stutong, Kuching dan Kluster Mador, Meradong.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KLUSTER RAKUT
Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144279) telah dilaporkan positif COVID19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat.
Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di Sungai Rakut, Jalan Kampung Bakam, Miri, Sarawak.
Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
ades ...
sebab kawin rupa nya ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|