Bangkok: Kementerian Kesihatan Thailand meluluskan penggunaan ekstrak herba untuk rawatan peringkat awal Covid-19. Bloomberg melaporkan, kementerian itu dalam kenyataan berkata, tumbuhan herba Andrographis Paniculata (green chiretta) atau hempedu bumi sudah diuji sebagai rawatan alternatif bagi mengurangkan kesan akibat jangkitan virus ini. "Rawatan awal ini, dapat mengurangkan kos dan memberi kelegaan kepada pesakit, malah ia sudah ditawarkan di lima hospital milik kerajaan dan akan diperluaskan," katanya.
Rawatan herba itu ditawarkan kepada mereka berusia 18 hingga 60 tahun dengan gejala ringan Covid-19, yang mahu mencubanya secara sukarela dan ia perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas jangkitan disahkan. Kementerian itu berkata, ekstrak tumbuhan itu dikenali sebagai fah talai jone dalam kalangan penduduk Thailand dipercayai boleh mencegah jangkitan dan mengurangkan keradangan. Kajian juga mendapati, ujian pada manusia menunjukkan keadaan pesakit bertambah baik dalam tempoh tiga hari rawatan tanpa kesan sampingan sekiranya ia diambil segera selepas jangkitan disahkan. Berdasarkan laporan Bangkok Post, fah talai jone mempunyai rasa sangat pahit dan bau yang kurang menyenangkan. Ia dipercayai digunakan dalam rawatan selesema dan sakit tekak sejak beberapa kurun di negara Asia seperti Thailand, China dan India. Satu ketika dahulu, daunnya digunakan untuk menghasilkan teh untuk menyembuhkan beberapa penyakit namun, ia terlalalu pahit untuk ditelan. Ketika ini, herba berkenaan dihasilkan dalam bentuk tablet dan kapsul. Kredit Harian Metro
Betulke ni uols? Bincangkan.... kalau betul nak beli kat Shoppee rm10 je 30 bijik... buat standby
|