View: 1915|Reply: 4
|
Siti Nordiana Tahu Jaga Batas Bila Bekerja Dengan Suami Orang
[Copy link]
|
|
Penyanyi, Siti Nordiana sentiasa menjaga batas hubungan setiap kali bergandingan dengan penyanyi lelaki untuk menghasilkan karya duet.
Terbaharu, dia yang mesra dengan panggilan Nana berganding bersama penyanyi, Nubhan yang juga berstatus suami orang menerusi lagu Sekali Lagi.
Kredit foto: IG
"Sebelum ini pun, saya pernah bergandingan dengan penyanyi lelaki yang sudah berkahwin iaitu Alif Satar. Jadi, tak jadi masalah untuk saya berganding dengan Nubhan kerana kami masing-masing saling mengenali.
"Saya pun berkawan baik dengan isterinya dan tahu batas antara kami sebab dah macam adik beradik," katanya kepada Harian Metro.
Tambah Nana lagi, isteri Nubhan, Afifah Tawfek juga menjadi pengkritik utama kepada karya kolaborasi mereka.
"Sebelum lancarkan lagu duet berjudul Sekali Lagi ini, kami berlakon dalam drama pendek bersiri dengan judul sama untuk memperkenalkan lagu ini.
"Isteri Nubhan pun kerap kali menjadi pengkritik dan berkongsi idea untuk penambahbaikan," katanya.
Sementara itu, Nubhan juga bersyukur kerana mendapat isteri yang sentiasa memahami dan menyokong usahanya dalam karier seni.
"Isteri saya adalah penyokong utama dan sentiasa memberi galakan kepada saya untuk bekerja dengan lebih keras.
"Dia sentiasa memberikan sokongan 300 peratus dan tahu saya dengan Nana sudah berkawan sejak 10 tahun lalu," katanya.
Lagu Sekali Lagi adalah karya ciptaan Nana sendiri serta komposer, Sepet dan video muzik lagu ini akan dilancarkan secara rasmi pada malam ini. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg bagusnya meols perasan Nana ni klu kawan baik Ngan laki org mesti wife org tu jadi bff sheols sekali.like Nubhan & Lan Kristal.Teruskan jaga batas tu ye mader & jaga tingkah laku ,pakaian agar terus istiqamah..mader punye fans base sngt kuat..hope lagu pasni best2 la ye..
P/s Seperti biase dimana ade nama Nana dalam benang disitu jugak meols akan ade komen |
|
|
|
|
|
|
|
takde hingin si nana nak ke nubhan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhmduliah nana
Tu je iols ckp |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah moga berterusan sikap mcm ni..masa dgn alep dulu pun rasa pernah keluar statement mcm ni..sheol ni pernah diduakan so sheol tau mcm mane perasaan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|