CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1011|Reply: 2

[SABAH] 8 kes baru melibatkan pelajar Asrama

[Copy link]
Post time 18-1-2021 09:15 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 393 kes positif baharu Covid-19, di Sabah, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,644 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu 222 kes (56.5%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (74 kes), saringan kluster-kluster sedia ada (36 kes), saringan ladang (PERKESO) 21 kes, saringan pelajar masuk asrama 8 kes (2%) dan 32 kes (8.2%)  adalah daripada lain-lain kategori.

Beliau berkata, daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 72 kes, diikuti Lahad Datu (65), Tawau (28), Penampang (27), Tuaran (26), Kinabatangan (25), Keningau (18), Kota Marudu (17), Sandakan (16), Papar dan Semporna masing-masing 15 kes, Kunak dan Putatan masing-masing 11 kes.

“Kota Belud dan Tambunan masing-masing lapan kes, Kalabakan dan Ranau masing-masing tujuh kes, Beaufort (enam), Nabawan (empat), Tongod dan Pitas masing-masing dua kes, Sipitang, Tenom dan Beluran masing-masing satu kes.

“Daerah Kudat, Kuala Penyu dan Telupid tidak mencatatkan kes baharu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, seramai 337 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 39,326 orang. Sejumlah 2,949 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 766 orang di hospital dan 2,185 orang di PKRC.

“Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 03:30 PM | Show all posts
masuk asrama skolah? ada skolah dah bukak ke?
berhati2 semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 08:37 AM | Show all posts
Vellfire replied at 18-1-2021 03:30 PM
masuk asrama skolah? ada skolah dah bukak ke?
berhati2 semua
barangkali aritu ... kan tak tau PKP ... ramai yang duduk asrama datang awal2 sblom sekolah bermula

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.171095 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list