View: 2362|Reply: 17
|
[Tempatan]
17 Jan. Di Semenanjung hanya Cameron Highlands masih daerah Zon Hijau
[Copy link]
|
|
Hanya Cameron Highlands daerah Zon Hijau di Semenanjung
Oleh Noor Azizah Mokhtar - Januari 18, 2021 @ 12:09am
KUALA LUMPUR: Data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 4 Januari lalu hingga semalam, menunjukkan hanya daerah Cameron Highlands di Semenanjung, bertahan sebagai Zon Hijau iaitu tiada kes positif wabak COVID-19.
Untuk tempoh sama, status terkini taburan kes positif COVID-19, menunjukkan Zon Hijau di Sarawak turut menurun kepada 14 daerah semalam, berbanding 16 daerah kelmarin.
Semua daerah di Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dikategorikan Zon Merah dengan masing-masing merekodkan lebih daripada 40 kes positif.
Di Johor, hanya satu daripada 10 daerah, iaitu Tangkak dikategorikan Zon Kuning dengan 12 kes, manakala sembilan lagi sudah bertukar Zon Merah.
Perlis yang dikategorikan sebagai satu daerah iaitu Kangar, semakin menghampiri status Zon Merah, apabila merekodkan 39 kes setakat semalam.
Daerah Klang di Selangor menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan penularan pandemik COVID-19 di negara ini, apabila setakat kelmarin, merekodkan 4,910 kes jangkitan.
Selain Klang, daerah lain di Selangor yang mencatat jumlah tinggi adalah Hulu Langat (2,324 kes); Petaling (1,744 kes); Gombak (1,064 kes); Sepang (1,080 kes); Kuala Langat (665 kes), Kuala Selangor (359 kes), Hulu Selangor (144) dan Sabak Bernam 49 kes.
Sebanyak 2,134 kes COVID-19 dikesan di Pulau Pinang dengan daerah Barat Daya mencatat jumlah tertinggi dengan 898 kes, diikuti Timur Laut (541), Seberang Perai Tengah (256), Seberang Perai Selatan (244) dan Seberang Perai Utara (195).
Melaka mencatat 548 kes dengan 375 kes dilaporkan di Melaka Tengah; 113 kes di Jasin dan 60 kes lagi di Alor Gajah.
Empat daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 3,838 kes, Putrajaya (258) dan Labuan (179).
Jumlah jangkitan COVID-19 di Johor adalah kedua tertinggi di negara ini dengan 6,687 kes keseluruhan dan Johor Bahru mencatat kes jangkitan tertinggi dengan 2,151 kes diikuti Muar (1,907), Kulai (1,219), Kota Tinggi (361), Batu Pahat (359), Pontian (288) dan Kluang (255).
Mersing dan Segamat mencatat kes di bawah 100 iaitu masing-masing dengan 82 kes dan 53 kes.
Di Kelantan, daerah Jeli dikategorikan sebagai Zon Kuning dengan 12 kes, manakala Pasir Mas dikategorikan sebagai Zon Jingga dengan 37 kes.
Bagaimanapun, lapan lagi daerah di negeri itu dilabelkan sebagai Zon Merah dengan Kota Bharu mencatat kes tertinggi dengan 288 kes, diikuti Bachok (126 kes), Gua Musang (122 kes); Tumpat (93 kes); Kuala Krai (79 kes); Tanah Merah (75 kes); Machang (78 kes) dan Pasir Puteh (49 kes).
Untuk tempoh sama, data KKM menunjukkan sebanyak 1,774 kes positif COVID-19 dicatatkan di Negeri Sembilan, 782 kes di Kedah, Perak (763), Pahang (581) dan Terengganu (387).
Bagi semua enam negeri itu, sebahagian besar daerah dilabelkan sebagai Zon Merah, Jingga dan Kuning, kecuali Cameron Highlands sebagai Zon Hijau.
Sementara itu, data sama menunjukkan sebanyak 5,775 kes COVID-19 dicatatkan di Sabah dan tiga daerah tertinggi kes itu adalah Kota Kinabalu dengan 1,053 kes, diikuti Tawau (607 kes) dan Lahad Datu (600 kes).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Klu xde sekatan rentas neg dgn daerah mau menderu org p naik Cameron dgn berita hijau ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Cemana jadi lagu tu? Kan semua pelancong China dah disekat hampir 1 tahun? Masih kajian demi kajian ka? Coronapalatau |
|
|
|
|
|
|
|
mustahil!!!.... kan ramai hari tu berpiknik kat cameron selain lgkawi dan melaka |
|
|
|
|
|
|
|
Cameron Highland takda klinik kesihatan ke. Asal swab test je lari ke kaki gunung
Komen bodoh aku |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah cameron highlands...
yg komen vudus atas psl camana ada cobid, sila tgk berita... cobid di mana2 shj la ni... asalnya dari wuhan, China... in case tak membaca la kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 18-1-2021 10:55 AM
supernaturalee replied at 18-1-2021 12:59 AM
Klu xde sekatan rentas neg dgn daerah mau menderu org p naik Cameron dgn berita hijau ni
Setuju
Ini ada Uni yang dah arahkan students balik ke campus
Hari tu KPT announced start bulan March sekarang pusing dah suruh masuk
Students yang dari negeri PKP iaitu Selangor ke Melaka dah di arahkan juga balik ke campus
KPT ni memang nak naikkan kes ke haperrr
Semalam ada laporan Kolej Matrik Kuala Pilah di Negeri Sembilan have been sanitised so meaning dah ada kes positive
Tak boleh ke KPT ikut perancangan asal iaitu kemasukkan March
Students pun sekarang tengah belajar online |
|
|
|
|
|
|
|
aku cam ragu2 CH green zone.. bak kata org di atas.. tade clinic kot hahhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mujur tempat iols masih teruskan online learning mode... la ni sume kene paksa wfh... sume kerana bahana staff byk pi holiday end of last year.. takut bawak balik kobid bos suh wajib wfh... pening juga... byk physical doc yg nak kene sign physical sign ade byk... bos pun x balik sini lagi sbb pkp... makanya... temenung jap.... buat keje2 lain dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 18-1-2021 07:05 AM
Cameron Highland takda klinik kesihatan ke. Asal swab test je lari ke kaki gunung
Komen bodoh aku
Ada tapi level hospital kerajaan untuk orang asli sajo katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
cameron highlands tu ada je kes 2 Jan 2021, lps tu sembuh 7 Jan 2021 kalau tak silap, tu sbb nampak mcm takde kes, sbb kes aktif dah kosong. jumlah kes 5, kes aktif 0 |
|
|
|
|
|
|
|
dekat dalam gua tempurung takde kes pun... takde sape tertanya ke or nak bukak artikel...
bawah jambatan pulau pinang tu pun takde kes...
kat pulau perhentian pun takde kes...
di lembah bujang yang dah roboh tu pun takde kes...
bermuda triangle tu pun takde kes... takde pun yang berkutik |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak boleh cuti2 Malaysia mana tak kembali hijau. Pada hal masa cuti tahun baru aritu ada je kes sebab masa tu dibenarkan cuti2 Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha tak pcaya aku... Naik pekak lah tiap weekend riders batak bermotor besor menderu naik ke cameron.. Mujur polis dh block jalan ke ch kali ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kemeren ada jgk sb kemain ramai yg bcuti sakan kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Ada patient yg balik bercuti from cameron kena covid. Sama macam kes Langkawi. Mungkin orang local di cameron berkurung kat rumah, tak kena jangkit, who knows. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang tidak lagi{:handsome |
|
|
|
|
|
|
| |
|