CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1111|Reply: 1

[SARAWAK] Edisi berita best : Enam Pati, seorang tekong darat ditangkap

[Copy link]
Post time 17-1-2021 04:50 AM | Show all posts |Read mode
Terimakasih PGA


SERIAN: Enam warganegara Indonesia termasuk seorang warga tempatan ditahan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am, PGA ketika membuat Op Benteng Covid 19 disekitar perbatasan Sarawak/Kalimantan Indonesia.


Suspek warga tempatan ditahan reman dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012  dan disiasat dibawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 sementara 6 warganegara Indonesia ditahan dan disiasat dibawah Akta Immigresen 1959/63.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandi Anis.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2021 04:52 AM | Show all posts
SERIAN: Seorang lelaki warga tempatan ditahan ketika cuba menyeludup masuk lima pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi ladang kelapa sawit Jalan Mongkos, di sini, hari ini.

Kenderaan dinaiki mereka dikesan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) yang membuat Op Benteng Covid-19 di kawasan laluan gajah perbatasan Sarawak-Kalimantan itu sekitar jam 7.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis yang mengesahkan kejadian berkata, jarak lokasi tangkapan terbabit lebih kurang 8 kilometer dari jalan tikus sempadan kedua-dua negara.

Ketika kejadian katanya, tiba-tiba datang seorang lelaki warga Indonesia dengan menunggang sebuah motosikal jenis RS150R mengaku dirinya sebagai ketua kepada kesemua Pati di dalam kenderaan Ford Hurricane tersebut.

Walaubagaimanapun jelasnya, lelaki berkenaan turut diarahkan oleh pasukan operasi untuk diperiksa bersama-sama kesemua tangkapan awal yang dilakukan.

“Keenam-enam warga Indonesia itu didapati mempunyai passport yang disyaki tamat tempoh.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kesemua suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 46 itu mengaku berasal dari Pontianak dan Singkawang, Indonesia dan dipercayai masuk ke Sarawak untuk mencari pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, kesemua Pati itu kini ditahan dan disiasat Di bawah Akta Imigresen 1959.

Sementara itu katanya, suspek warga tempatan berusia 29 tahun disyaki menjadi tekong kepada penyeludupan tersebut kini ditahan reman Di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 dan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Aswandy menambah, kedua-dua kenderaan iaitu 4×4 jenis Ford Hurricane dan motosikal jenis Honda RS150R turut dirampas untuk tindakan siasatan lanjut.

Ujarnya, polis akan terus membuat pemantauan serta tindakan tegas terhadap tekong-tekong darat yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran di negeri ini.

Suara Sarawak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.077694 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list