CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 6

[Tempatan] Alfatihah: Tun Salleh Abas meninggal dunia

 Close [Copy link]
Post time 16-1-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia, pada usia 92 tahun, awal pagi tadi.

Tokoh perundangan negara itu meninggal dunia pada 3.20 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, kelmarin.

Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad menerima rawatan di hospital berkenaan selepas disahkan positif Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed sebelum ini dalam satu kenyataan, kelmarin mengesahkan Mohamed Salleh dijangkiti Covid-19 dan dirawat di ICU HSNZ.

"Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun (Mohamed Salleh)," katanya.

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Raja, Besut menjadi Ketua Hakim Negara pada 1984 hingga 1988 dan pernah memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih atas tiket PAS pada 1999.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 8:45 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenazah Tun Salleh Abas selamat dikebumikan

Oleh MOHD AZLI ADLAN
16 Januari 2021, 11:28 am


KUALA TERENGGANU – Jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas, 91, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara di sini pada pukul 10.30 pagi tadi.

Terdahulu van yang membawa jenazah Mohamed Salleh tiba di pekarangan tanah perkuburan Islam tersebut pada pukul 10.12 pagi.

Upacara pengebumian tokoh kehakiman negara tersebut dikendalikan mengikur prosedur operasi standard (SOP) oleh kakitangan Kementerian Kesihatan yang memakai Pakaian perlindungan diri (PPE).

Kelihatan beberapa ahli keluarga Mohamed Salleh yang kelihatan hiba selepas hanya dibenarkan menyaksikan upacara pengebumian berkenaan dari tembok tanah perkuburan Islam berkenaan.

Sebelum itu, Mohamed Salleh menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada pukul 3.20 pagi tadi.

Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad telah dimasukkan ke hospital berkenaan setelah disahkan positif Covid-19.

Beliau yang berasal dari Kampung Raja, Besut merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih daripada Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nenolen at 16-1-2021 01:31 PM

Al Fatihah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 01:54 PM | Show all posts
takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Meninggal sebab covid. Sedihnya. I like him.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihiraji'un. Selamat berhijrah ke negeri abadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2021 09:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.336731 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list