View: 4303|Reply: 35
|
Tiga Tahun Belajar Al-Quran, Bandi Amuk Berjaya Khatam
[Copy link]
|
|
Selepas tiga tahun belajar mengaji al-Quran dari peringkat asas, penyanyi rock popular, Bandi Amuk, 57, bersyukur apabila berjaya khatam, baru-baru ini.
Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia mula mengikuti pengajian sejak pertengahan 2017 dengan seorang ustaz.
"Saya cakap dengan ustaz itu untuk khatam dan dia alu-alukan. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Selama tiga tahun belajar, dugaannya memang banyak. Walaupun boleh membaca al-Quran, saya pilih bermula dengan Iqra kerana nak betulkan tajwid dan mahraj. Itu yang buat jadi lama tapi tak kisahlah asalkan saya belajar.
"Sekarang, jika membaca surah Yassin saya boleh tahu mana harakat, mahraj dan sebagainya. Saya jadi seronok membaca surah Yassin kerana tahu mana nak berhenti," katanya kepada Harian Metro.
Kredit foto: Harian Metro
Bandi yang kini menetap di Johor Bahru berkata, jika ada persembahan di Sabah dan Sarawak, dia sanggup mengambil penerbangan awal supaya sempat belajar mengaji. Ada ketika saya sampai rumah jam 7 malam dan terus mandi serta bersiap-siap kerana kelas bermula jam 8.30 malam.
"Rasa sayang nak tinggal kerana kalau sudah mengaji memang terasa seronok. Saya nak pesan kepada sesiapa yang nak mengaji al-Quran, kalau boleh peluk dulu al-Quran, cium dan junjung atas kepala.
"Niat dalam hati semoga al-Quran ada dalam hati dan diri kita. Perasannya sangat seronok. Bukan tak boleh khatam sendiri di rumah tapi khatam di depan guru yang mengajar kita lain rasanya. Ia buat saya berhati-hati dan tak buat silap depannya," katanya.
Bandi berkata, dia juga tidak mahu apa yang dilakukannya dianggap seperti menunjuk-nunjuk kepada peminat.
"Rakan saya ustaz Radin meminta izin untuk keluarkan di Facebook. Saya fikir kalau ini salah satu pemangkin untuk orang belajar baguslah. Tiada niat untuk saya riak.
"Saya akan sambung lagi belajar lepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya terlambat khatam kerana biasanya ada persembahan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sedangkan Ahad ada kelas. Itu buat ia jadi tertangguh. Saya biasanya pulang ke Johor Bahru pada hari Isnin dan esoknya Selasa ada lagi kelas. Kadang-kadang badan terasa letih," katanya.
Bandi mengakui dia pernah membaca al-Quran dalam keadaan mata tertutup kerana terlalu penat.
"Ustaz kasihan melihat saya dan kata tak payah datang kalau letih. Namun, saya tetap datang kerana sayang nak tinggal kelas. Lagipun saya tengok orang yang belajar kemudian sudah nak mendahului saya.
"Saya menyeru kalau boleh rakan-rakan dan masyarakat Islam yang lain belajar mengaji al-Quran kerana kita sebenarnya dah nak sampai penamat. Sekurang-kurangnya kita ada bekalan nanti," katanya.
Dalam situasi pandemik Covid-19, Bandi kini membantu memasarkan perniagaan karipap sejuk beku hasil air tangan isterinya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah, akhirnya dpt khatam AlQuran |
|
|
|
|
|
|
|
Bila slalu baca..kita jadi hapal
Tengok quran tu buat syarat je..benda dah ada.dalam kepala dah...
Mcm.kita baca surah lazim.tu lah... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah... voley jadi iktibar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oo nama dia sebenarnya mmg ada 'bandi' tu rupanya..ingatkan nama samaran je |
|
|
|
|
|
|
|
first time dapat tengok muka heols...masa group lama dulu iols tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya. Aku pun nak cari guru. Kalau setakai baca sendiri tu tajwid makrj kelaut kita pun tak.tau |
|
|
|
|
|
|
|
ooo ekkkkk???? alhamdulillah.. tp xyah lah nk gebang. |
|
|
|
|
|
|
|
Heols dah lama ke bukak topeng? Ni first time meols dpt tengok muka dia betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bila khatam..mak buatkan kenduri pulut kuning..{:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Bagusnya. First time tgk muka dia tanpa topeng. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bagus. Masa panggil dia kat satu program ni soalan pertama dia tanya tempat solat kat mana ... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, tahniah bandi |
|
|
|
|
|
|
|
kiah_mai_pulak replied at 16-1-2021 05:32 PM
ooo ekkkkk???? alhamdulillah.. tp xyah lah nk gebang.
benda baik pun ko triggered.. ustaz dia yg war2kan
sedih hidup ko! |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah diucapkan kepada Bandi, semoga cerita ini dapat menjadikan inspirasi kepada sesiapa untuk cintakan kepada Al-Quran |
|
|
|
|
|
|
| |
|